Monday, April 27, 2009

Aku Ingin Dilindungi

Aku ingin dilindungi seperti mereka mereka yang dilindungi. Ingin terlindung dari kebahayaan alam. Aku ingin mencari pelindungku dan aku temui raja perlindungan. Tapi aku manusia tamak. Aku tidak ingin hanya satu pelindung. Aku ingin pelindung lagi. Datangkan aku para pelindung. Lindungi aku sehingga tiada sesiapa sedar akan kewujudan aku. Lindungi aku sehingga aku temui damai dihati.

Thursday, April 23, 2009

Ketulusan Hati?

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicuba
Demi rahmatMu ku memohon

Yaa Allah redhai ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmatMu Yaa Allah

----------------------------------

Lirik lagu ketulusan hati alunan Marshanda ini semakin kerap berlegar di kotak fikirku. Aku meneliti bait bait katanya satu persatu. Berkorban demi sebuah redha dan rahmat dari Sang Pencipta Alam. Andai saja aku bisa memiliki ketabahan disaat diri diuji. Namun yang nyata setiap kali ujian datang setiap kali itu juga jiwaku terusik. Bertanya dan terus bertanya kepada Rajaku. Kenapa aku dan kenapa aku.

Pahitnya didatangi ujian pahit lagi untuk memberi sebuah keikhlasan. Hatiku menjadi perisai yang suci. Membisikkan kata kata yang sukar difahami. Ikhlaskan jiwamu seperti mana aku ikhlaskan diriku. Jiwaku menentang kata hatiku. Tetapi hatiku masih juga hatiku. Tersenyum dan terus tersenyum. Ikhlas itu indah apabila tiba waktunya. Jiwaku ingin mendengar kata hatiku namun jiwaku masih gusar. Adakah jiwaku akan sekuat hatiku, akankah jiwaku menjadi setabah hatiku. Jiwaku ingin selalu ditemani hatiku. Agar jiwaku tidak perlu takut menjalani hari. Pada saatnya hatiku mati apakah jiwaku juga akan turut mati?

Wednesday, April 22, 2009

Selamat Ulang Tahun Cintaku

Hari ni adalah hari ulang tahun buat cintaku. Seorang cinta yang amat aku sayangi. Melebihi sayangku terhadap cintaku yang lain. Dia cintaku yang pertama aku kenali. Dia cintaku yang selalu cinta pada aku. Dia cintaku yang saban hari memberi aku harapan untuk sebuah kehidupan. Dia cintaku untuk semalam, dia cintaku hari ini dan dia cintaku esok hari. Mungkin dia bukan cinta yang sempurna kerana yang sempurna itu hanya Sang Pencipta. Aku ketepikan ketidaksempurnaan itu kerana kecintaan aku terhadap cintaku.

Dia pernah berkata kepadaku, andai dia bisa berlari ke langit akan dipetiknya bintang bintang untukku. Dan hari ini biarlah dia mendengar pula jawabku. Bukan hanya bintang yang ingin aku berikan kepadanya. Bahkan bulan dan matahari juga ingin aku persembahkan untuknya. Namun aku tidak punya kuasa. Yang ada hanya cinta yang menggunung untuk dia.

Cintaku,kehidupan ini tidak seindah yang kita sangka. Ada dugaan menanti dan ada halangan yang harus ditempuhi. Sekuat mana kita diuji percayalah akan ada akhirnya. Cintaku, kamu cintaku yang paling sabar. Biar kamu sering disakiti namun kamu tetap sabar. Andai saja aku mampu sesabar kamu. Dan mungkin itu juga yang sedang aku pelajari untuk menghadapi hari hari mendatang.

Cintaku, cinta ini akan kekal abadi bersamamu. Kamu yang aku cinta dan tidak akan pernah berubah cintaku. Bahkan aku pernah bersumpah dengan nama Tuhanku, andai suatu hari nanti aku terlupa tentang kamu, aku abaikan kehadiranmu, aku rela diri ini dilaknati. Sungguh aku terlalu cinta kamu.

Selamat Ulang Tahun Mimak... Angah sayang mak sangat sangat...Semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin...

Tuesday, April 21, 2009

Hari Tanpa Perasaan

Aku macam dah semakin tak ada perasaan. Tak tau kemana perasaan aku menghilang. Kalau mungkin masih sempat untuk aku kejar?

Monday, April 20, 2009

Semua Tentang Kita

1

Deringan telefon yang bertalu-talu menganggu tidur Amy. Dalam separuh sedar dia bingkas bangun mencapai gagang telefon.
"Helo."
"Amy,pak cik ni" Garau suara yang kedengaran di hujung talian.
"Pak cik?" Jantungnya berdegup kencang tatkala lelaki itu memperkenalkan dirinya. Sungguh, dia tidak mengenali suara itu pada awalnya.
"Ya,aku ni. Aku nak guna duit.Besok aku tunggu kau dekat kelab."
"Ha!, berapa banyak. Manalah amy ada duit pak cik. Semua duit gaji Hazam yang pegang."
"Ah, itu aku tak mahu tau.Kau pandai pandailah mintak dekat dia. Yang aku tau esok aku nak lima ribu dekat tangan aku." Seraya kedengaran gagang dihempaskan.
Amy diburu resah. Lima ribu ringgit bukan jumlah yang kecil. Manalah hendak dicari dalam masa sehari.Hendak diminta daripada Hazam takut takut dia pula yang makan penampar. Dia kebingungan.

Pagi itu seperti biasa Amy bersiap siap untuk ke sekolah. Sebelum meninggalkan kondominium mewah itu dia sempat menjamah sekeping roti bakar dan secawan milo panas. Amy kemudian bergegas turun ke tingkat bawah kondominium.Di bawah, Hazam sudah siap sedia menunggu. Memang itulah rutinnya setiap hari. Menghantar dan mengambil Amy dari sekolah. Bukan kerana mengambil berat namun gusar sekiranya Amy melarikan diri. Tapi seingat Hazam belum pernah sekalipun Amy cuba melepaskan diri. Mungkin bimbang dengan ugutannya untuk mencederakan ibu dan adiknya sekiranya dia cuba melarikan diri. Sebenarnya kalau diturutkan hati dia memang tidak akan membenarkan Amy bersekolah apatah lagi perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menampung pembelajaran Amy di sekolah swasta. Namun Hazam perlu akur dengan permintaan Amy. Dia sendiri yang memberi peluang untuk Amy mengemukakan satu permintaan ketika mula mula Johari menyerahkan Amy ke tangannya. Tidak mahu tangis Amy berpanjangan maka dia merendahkan sedikit egonya dengan menunaikan permintaan Amy. Fikirnya cuma untuk setahun sahaja lagi.Selepas Amy menamatkan peperiksaan SPM dia tidak perlu lagi bersusah payah sebegitu rupa.

"Hari ni mungkin saya lambat sikit. Ada kelas tambahan. " Ada kegusaran dihujung suara Amy.
"Kau ni macam-macam la.Kelas tambahan la, latihan bola jaring la. Ingatkan hantar dekat sekolah swasta tak adalah aktiviti-aktiviti bodoh ni." Hazam merengus marah. Namun tidak berpanjangan. Dia kembali diam selepas itu. Amy lega. Takut juga kalau dia terus dimarahi tadi. Sebetulnya dia akur kalaupun dimarahi kerana memang selama ini pun itulah yang menjadi miliknya setelah hampir 3 bulan berada di bawah kawalan Hazam. Sebelum ini pun dia kerap menerima sumpah seranah daripada bapa tirinya, Johari. Rasanya sudah lali dengan semua itu. Amy sedar kebahagiaan bukan lagi miliknya.
Selepas kematian ayahnya lebih 10 tahun lalu hidupnya tidak lagi sama seperti dahulu. Dia, ibu juga Amrizal adiknya sudah tidak merasa lagi hidup dalam ketenangan. Yang tinggal hanyalah derita yang berpanjangan. Sikap panas baran dan kaki judi bapa tirinya telah mencemari kegembiraan mereka sekeluarga. Tambah parah apabila Johari mula terlibat dengan dadah. Hutang yang ditanggung keliling pinggang bukan sahaja telah menambah bebanan di bahu ibunya yang bersendirian berniaga nasi lemak tapi juga telah menyaksikan dirinya sendiri dijadikan ganti oleh bapa tirinya kepada Hazam,jutawan muda yang kaya raya hasil jual beli dadah yang dimilikinya. Selepas di jual dia dipaksa Hazam bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam milik rakan Hazam, Tauke Leong. Semua duit yang diperolehi Amy perlu diserahkan kepada Hazam. Amy juga dipaksa Hazam menjadi orang tengah jual beli dadah di kelab itu. Amy sedar nyawanya menjadi pertaruhan sekiranya tertangkap.Namun apalah dayanya untuk melawan lebih-lebih lagi memikirkan nasib ibu dan Amrizal. Dia akur.

Sokongan Terbuka Terhadap Tomok...

Hehe sebelum tu biar aku gelak dulu..Sires ar aku ni memang makhluk yang suka menongkah arus. Apa yang orang tak suka itu la yang aku suka. Huhu..Tapi peduli apa aku. Hidup aku lantak aku la. Tak menjejaskan ekonomi negara pon.tet..

Masa mula mula mamat tomok ni masuk OIAM3 tu aku gile gile conpius..cam bole ke mamat ni? Patu aku wat ar conclusion sendiri. Biasa ar ni mesti taktik nak pancing penonton. Bila org nengok tomok masuk mesti cam blur and patu mesti nak nengok dia nye performance..Maklum la bila da masuk sampai musim ke 3 ke 4 ni orang daa malas nak layan. Cam AF tu tak abis abis lagi. Bersepah sepah da artis dia. Buat nyemak alam je.huhu...

Berbalik kepada cite tomok tadi ye. Aku mati mati bajet yang dia konpem jadi "makanan" Paul Moss la. Mesti gila baban kene kutuk ngan pakcik tu. Minggu pertama and ke 2 cam betul lagi tekaan aku. Masuk minggu ke 3 je pakcik cam best tu cair. Terus asik puji tomok je. Siap cakap nak nengok tomok kat final. Wakaka hebat aura mamat ni.

Aku pon tergolong ar dalam golongan golongan pakcik paul moss ni. Golongan golongan cam best yang mula2 nak men'down kan mamat ni. Sekali aku pon tersangkut ngan dia. Wakaka..Tapi jgn salah phm dulu ye. Tersangkut kat performance dia je ye. Pada aku mamat ni cam superb gak la kat atas stage. Tak sangka plak aku dia leh lari dari imej lelehan tu.hehehe..Bagus bagus..keep it up. Aku sokong ko tomok. (Tapi sokong je la ye. Aku ni kudukut tau, nak soh aku vote vote ni mmg harapan la ye. Tunggu aku kawen ngan datuk ke tan sri ke anak kerabat raja ke baru aku bole buang buang duit aku..kui kui kui)

Hope tomok masuk final. Tapi tak yah ar menang. Badi je org menang ni. Kejap je glamer patu da ilang. Cam ayu, suki, vince, zahid dan juara juara yang lain tu. Baik jadi cam pezal anak cik tahir tu. Tak menang tapi lagi glemer dari suki. Kalu takat family je yg vote sampai menang tak payah ar. Jadi yang no 2 je da ar..hehe..

Tapi lepas ni bila ko da abis OIAM jangan ko kembali lelehan cam dulu da la. Memang nak makan penampar aku la camtu.

Sebelum berpisah ingin saya tegaskan di sini yang saya sokong Tomok!!!

Thursday, April 16, 2009

Keinginan Yang Tersekat



Apabila seseorang itu memiliki keinginan yang amat tinggi untuk menikmati sepotong kek coklat tapi dia tidak mampu untuk membelinya. Lantaran itu dia bersusah payah mengumpul duit demi keinginannya yang satu itu. Pada saat dia memperoleh jumlah wang yang mencukupi dia lantas ke kedai kek yang selalunya ditinjau sahaja dari luar untuk membeli kek coklat impiannya. Bila mana melihat kek yang diimpikan ada ditangannya hati seolah ingin menjerit keriangan.

Pada saat dia teruja menikmati kek itu dengan tak semena mena kek yang sudah pon berada di dalam mulutnya kini terjatuh ke tanah. Apa lagi yang mampu dikatakannya. Untuk kek itu dikutip semula memang tidak mungkin kerana sudah bercampur pasir. Untuk kek itu dibelinya lagi juga belum mungkin. Duit yang disimpannya sudah habis digunakan untuk sepotong kek itu. Kalau pon boleh dibeli semula pasti menuntut masa. Tapi itu bukan soalnya. Di hati dia kini yang tinggal hanya kekesalan dan kesedihan yang amat sangat kerana impian yang pada asalnya hampir terlaksana kini terlepas dari genggaman.





Bagaiman pula dengan seorang lagi dia yang sedang melihat sepotong puding roti kesukannya terhidang elok di atas meja. Walau di hatinya begitu kepingin ingin mengambil puding itu tapi jiwanya menyekat. Malu ingin memulakan langkah. Dikelilingnya ada orang orang yang sedang memerhati. Dia malu andai mereka melihat dia mengambil potongan terakhir puding itu. Biar pon dipelawa oleh mereka tapi masih lagi dia dihujani segan yang menggunung.

Lalu datang seorang teman yang turut menyimpan keinginan yang sama. Teman itu sama seperti dia. Merenung pada puding roti yang sama. Tapi teman itu tidak membiarkan malunya mengatasi inginnya. Biarlah kalau perlu menanggung malu dari perlu merasa kempunan. Lalu si teman pon mengambil potongan terakhir puding itu lantas menikmatinya. Pada saat itu dia hanya bisa memerhati. Melihat puding roti yang diidam idamnya kini dimakan orang. Tak mungkin untuk dia meminta ia dikembalikan semula. Tak mungkin juga untuk dia meminta ia dikongsi bersama.

Apa sudahnya keinginan mereka? Aku pon tidak bisa untuk mentafsirkannya. Andai saja aku mampu untuk memulangkan ingin mereka itu. Tapi aku cuma sang pemerhati yang terbatas kuasanya. Yang mampu hanya simpati buat mengiringi perjalanan mereka. Semoga pada akhirnya ingin mereka terisi. Amin.

Wednesday, April 15, 2009

Tag From Ninie

1. What is the most important thing in your life?
- My Family

2. What is the last thing that you bought with your own money?
- Kueh kat putra station

3. Where do you wish to get married?
- Masjid

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
- All of my life..saya setia orangnya.. =))


5. Are you in love?
- Nope..saya sedang menjaga hati..setakat ni masih berjaya..hehe..

6. Where was the last restaurant you had dinner?
- Victoria station

7. Name the latest book that you bought?
- Detective Conan

8. What is your full name?
- Nur Hidayah Latif

9. Do you prefer your mother or father?
- Hmm susah tu soklan.bukan xmboh jaga hati tapi saya mmg slalu dgn mimak..

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
- My hubby of coz..

11. Christina or Britney?
- None

12. Do you do your own laundry?
- Yup of coz..belum mampu nak bayar org gaji..hehe...

13. The most exciting place you want to go?
- Japan and Korea..

14. Hugs or kisses?
- Kisses

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
- Rumet saya
- Mak ayam
- Suka patrick
- Suka kumpul bantal..Penuh gile da bantal dia kat bilik tu..saya gak yang maintain 1 je..hehe..
- Dia bukan pemerhati patu dia suka sorok perasaan dia yg sebenar, tapi saya kan pemerhati..saya tau perasaan dia yg sebenar..cuma saje nak tunggu dia ckp sendiri..perasaan apa? itu rahsia saya..hehe..

16. 3 things I am passionate about
- My family
- My life
- My lover

17. 3 things I say too often
- Begok la
- Sengal la
- Weh

18. Book I’ve read recently
- Detective Conan

19. 8 songs I could listen to over and over again
- Rendang tak berbuah - hattan
- Ada apa denganmu - Peterpan
- Merenung bulan - Aishah
- Fikirlah - Aizat
- I surrender - Yg siti nyanyi
- My baby you - Marc Anthony
- Sesungguhnya - Ungu
- Banyak lagi la..tak tau nak pilih yg mana lagi..hehe..

20. 3 things I learned last year
- Sekarang bukan masa saya main main lagi..saya kene bersungguh sungguh kalau nak berjaya
- Saya kene menjaga hati supaya tak mudah terluka lagi =)
- Pengorbanan

21. 8 people to tag
- Banyak sangat la 8 tu..saya tak habis fikir lagi..hehe..

Tuesday, April 14, 2009

Tag Gambar Kesukaan




Kenapa anda suke gambar ini?
- sebab saya suka keadaan dalam gambar ni..ada keceriaan dan kebahagiaan..wink..wink..

Bila kali terakhir mkn pizza
- Hmm masa lepas gi tukar tayar kete kat bangsar..ngan ninie..

Lagu terakhir yg anda dengar
- Entah..tajuk dia entah..lagu afgan..

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
- nak balik..da abis time keje ni..hehe..

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa
- nama yang ninie bagi..yaya..hehe sebab nama tu sangat cute..macam saya..tet.. =)

Tag lagi 5 org -->

soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
1) Aini
2) Ninie
3) Ida
4) Kema
5) Kak mona

no 1 pada anda?
- besfwen saya forever..kitorg kenal since matrik lagi..dia rumet saya masa kat matrik..saya panggil dia misae sizuka sebab dia garang macam misae tapi dia comey macam sizuka..hehe..lama da kitorg x jumpa..harap2 dia pon rindukan saya jugak.. =)

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
- dengan keluarga dan boifren dia sham..hehe..kami pun berhubungan sebagai kawan...

Kata sesuatu berkenaan no 5:-
- kak mona da macam kakak saya sendiri..kami satu bilek since saya masuk u sampai abis u..setia kan kitorg bersama..hehe..dia baik patu alim plak..tapi dia terima saya yang tak berapa nak baik ni seadanya..huhu paling terharu bila dia bagitau org kat career fair tu yang saya adik dia..

Bagaimana dgn org no 4?
- kawan mirmo zibang ku..rindu nya masa kat india dulu ngan dia..lepak lepak sekali ngan ely sambil minum air ngan cicah biskut..patu dok mengarut yang bukan bukan..saya plak suka kata saya anak raja..kekeke..diorg pon layan je la lawak bongok saya tu..

Siapa org no 2?
- rumet saya..hidup kami sangat hapenin..kitorang ni sentiasa ON je..banyak kesedihan dan perasaan yang kami kongsi kan..cewah ayat aku tak agak..tapi itu lah hakikatnya..saya ni jadi tukang pemerhati dia..hehe...

Monday, April 13, 2009

Kami Memang Tak Sesuai

Hari ni aku sedar sesuatu..kami memang tak sesuai langsung. Hmm sebenarnya aku mmg da rasa dari mula yang kami tak sesuai tapi saje jugak nak mencuba keserasian. Tapi rasanya hari ni aku dapat jawapan yang kami memang tak ada chemistry langsung..macam aku dengan high heels yang tak ada chemistry tu. Dan juga macam aku dan tayar yang memang selalu tak ada keserasian =p

Aku tak rasa kecewa sangat la walaupun kami tak berakhir macam yang aku harapkan. Sebab kalau kami berakhir bersama mesti tak akan lama jugak. Sebab kami berbeza. Walaupun berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik tapi bukan dalam soal ni. Jadi dengan senang hati aku nak ucapkan selamat tinggal kenangan. Aku pilih jalan aku sendiri.

Aku + ? = Kami ???

Biarlah rahsia...

Sunday, April 12, 2009

Hadiah Untuk Diri Sendiri...

Bila sebut pasal hadiah biasanya kita membeli hadiah untuk diberikan kepada orang lain. Apa kata sekarang kita cuba beli hadiah untuk diri kita sendiri pula. Bukan sekadar saje saje beli tau tapi beli apabila kita berjaya capai sesuatu kejayaan yang kita impikan atau pun bila kita berjaya tepati sasaran yang dah kita buat.

Contohnya macam kalau kita berazam untuk turunkan berat badan. Bila sasaran berat yang kita tetapkan tu tercapai, belilah sesuatu untuk menghargai usaha kita tu. Beli sehelai baju ke? Kan seronok tu, lagilah bertambah semangat nak buat sesuatu tu. Inilah masanya untuk kita belajar menghargai diri sendiri. Kan???

Wednesday, April 8, 2009

Benci Jadi Aku!!!

Sangat bencinya jadi diri aku. Kenapa orang suka nak amek kesempatan dengan sikap aku. Disebabkan aku diam maka org fikir diorg boleh sesuka hati je gunakan aku. Sakitnya hati. Ake penat la dipergunakan orang lain sesuka hati. Aku pon manusia biasa juga. Ada hati dan perasaan macam orang lain.

Kadang kadang aku rasa lagi baik jadi orang yang keras hati, yang ikut kepala sendiri je. Tak perlu hirau pasal orang lain. Masa tu mesti tak ada sesiapa yang berani pergunakan aku. Tapi masalahnya aku tetap aku. Macammana kejam pon aku set minda aku ni aku tetap tak mampu nak luahkan dalam bentuk yang nyata. Argh rasa macam jadi orang bowdo la....

Tuesday, April 7, 2009

Masih Ditipu Mereka?

Huh aku tak paham betul lah..kenapa orang suka dan rela diri mereka ditipu. Mereka tu petualang, penipu dan segala pe yang ada la. Kenapa mesti jadi bodoh. Sebabkan nyamuk habis kelambu dibakar. Tak sedar ke mereka yang mereka sekarang ni berada dalam kelambu tu. Nyamuk tak mati tapi mereka yang rentung nanti.

Sunday, April 5, 2009

Sang Nakhoda

Dalam sesebuah pelayaran pasti ada nakhodanya. Sang nakhoda ini akan bertindak memimpin sebuah pelayaran menuju ke destinasi yang ditetapkan. Aku ibarat penumpang di atas kapal yang dipimpin oleh sang nakhoda. Mengharapkan untuk aku dibawa ke destinasi yang aku inginkan.

Di dalam sebuah kapal yang besar, bersama ribuan manusia pasti sukar untuk menduga ke mana arah setiap penumpang. Aku ingin ke timur, dia ingin ke barat dan mereka ingin ke utara. Lalu jalan mana yang harus dipilih oleh sang nakhoda? Ke timur kah? ke barat kah? atau ke utara? atau mungkin memilih untuk ke selatan.

Pada dasarnya manusia itu sama. Senang untuk melakukan kesilapan. Sukar untuk kita memuaskan hati semua orang. Seperti cerita sang nakhoda, ada keinginan untuk membawa penumpang penumpang di atas kapalnya ke destinasi yang ingin dituju, tapi di satu persimpangan mungkin dia keliru untuk memilih hala tuju. Kemana sebenarnya penumpang penumpang kapal ku ingin tuju? mungkin itu bisiknya.

Di akhirnya mungkin kapal itu berlabuh di selatan, pada saat itu pasti ada penumpang yang gembira kerana dia selamat tiba di daerah yang dirinduinya, tapi pasti ramai juga yang bersedih kerana jauh dari destinasi yang dibayangkan. Aku juga pasti kecewa, hajat ku ingin ke timur tapi yang di depan mataku kini daerah selatan.

Tapi aku kembali tenang, aku bersyukur dan berterima kasih kepada sang nakhoda. Dia ikhlas ingin membawaku ke daerah asalku, dia tulus ingin membantu. Tapi apakan daya dia tak mampu memenuhi keinginan kami semua. Dia sendiri kecewa sehingga dia dengan rela melepaskan tugas nakhodanya kepada si adik.

Usah bersedih sang nakhoda kerana aku tidak pernah membencimu. Biar mungkin ramai yang membencimu tapi aku pasti ramai juga yang akan merinduimu, kebaikanmu, kelembutanmu, ketulusanmu. Andaikan saja mungkin kapal ini bukan tempatmu. Walau kau tidak di kapal ini lagi tapi aku masih menghargai jasamu. Terima kasih sang nakhoda.

Thursday, April 2, 2009

Snoop Dog Cute???


Sebelum aku teruskan post ni aku nak gelak dulu..kihkihkih..cam tak boleh terima kenyataan je bila Ninie kata Snoop Dogg cute. Tang mana la yang cute kat Snoop Dogg tu. Rasa cam da kurang sopan giler ku gelak ari rabu tu dengar pengakuan Ninie.Sampai cam da terguling guling dari KL ke Melaka.kui kui kui..Ada jugak yang berkenan kat Snoop Dogg tu..hehe jgn marah ek Nie..Tapi aku memang sukar nak terima kenyataan. 10 kali fikir pon aku tak dpt nak cari mana yang cute nye kat dia. Tapi tak pelah aku terima la sikit penjelasan ko, "Itu la yang dinamakan SENI.."..Hehe, Seni???