Tuesday, July 14, 2009

Salam Takziah Buat Za

Semalam Za telah kehilangan ayahanda tercinta. Mulanya memang Mar ada hantar email dekat kami yang ayah Za masuk hospital selepas tak sedarkan diri petang semalam. Dalam lebih kurang pukul 7 ptg aku dapat SMS dari Ninie, bagitau kisah sedih Za.

Disini aku nak ucapkan takziah buat Za dan keluarga. Aku tumpang bersedih, walaupun aku tau sedih aku tak mungkin sedalam sedih Za. Semoga Za dan keluarga tabah hadapi ketentuan ini. Za sayang ayah Za tapi Tuhan lebih dari itu sayangkan dia. Jangan pernah berhenti untuk terus mendoakan kesejahteraan ayah Za disana.

Kawan kawan yang aku sayang, sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan yang terbaik buat ayah Za ye.
Semoga berkat dan rahmat Tuhan mengiringi pemergian ayah Za. Amin.

3 comments:

  1. alFatihah..
    =(

    sakit apa diya?

    -btw ni kema..

    ReplyDelete
  2. Takziah juga buat Za. Semoga arwah diberkati sentiasa. alFatihah...

    ReplyDelete
  3. Hmm..aku pon xpasti..ninie bgtau yg ayah dia kol ptg tu bgtau dia sesak nafas..kalu x aku x salah dengar la..huhu..

    ReplyDelete

~Ikut suka hati korunk la nak kata apa~