Tuesday, May 19, 2009

Paku Dulang Paku Serpih

Susah betul kalau manusia ni pandai cari salah orang je tapi diri sendiri tak nak tengok. Sibuk kata umah jiran tu senget la, nak roboh la..Padahal dapur sendiri yang terbakar dia tak perasan. Last last sape yang susah. Umah orang tu senget senget pon tetap kukuh lagi. Umah dia pulak yang hangus.

Moral of the story, sebelum nak mengata atau mengutuk orang tu cermin cermin la diri sendiri ya...Sekian..

Monday, May 18, 2009

10 Lelaki TerMacho Dimata Aku =)))

Post ari ni agak mengarut sket..bukan sket tapi banyak..haha..sesekali miongkan kepala xpekan..hehe..Ku nak share kat korunk suma muka muka yang aku rasa cam best... A.K.U ya..bukan korunk..kalu tak puas hati suka ati korunk la..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan sama sekali..

Tempat ke 10


KJ
Aku suka tengok muka pakcik ni. Macho gile..Haha mesti ramai yang terbakar punyalah..Tapi kawan kawan janganlah marah ye..Aku suka muka dengan karisma dia je..Lain lain tu no komen..tet..

Tempat ke 9

Adam
Walaupun AF tu da sampai session 7 tapi aku tak penah nye nak tengok.Paling paling pun cuma tertengok je..Haha. Tapi masa AF2 je la aku tengok. Tu pon sebab mamat ni.

Tempat ke 8

Zahiril Adzim
Gaya cam kutu je kan. Tapi jangan tak tau. Puitis gila Merah ni. Budak Aswara tu. Aku suka la tengok muka dia. Cool habis.

Tempat ke 7

Takashi Sorimachi
Hero GTO yang menjadi pujaan hati. Kalau la zaman sekolah aku dulu ada 'Cikgu' cam ni memang aku tak ponteng sekolah la..haha..

Tempat ke 6

Christiano Ronaldo
Dari segi attitude, pada aku mamat ni memang 0 la..Tapi kalau muka memang aku terpaksa suka gak la..hehe..keji sungguh..

Tempat ke 5

Josh Harnett
Aku tak minat sangat pelakon pelakon omputih ni. Jarang ar layan cite cite omputih ni. Tapi kalau pakcik ni yang berlakon nak tak nak terpaksa gak tengok..Cute gile..

Tempat ke 4

Remy Ishak
Kalau cite dia tayang kat tv memang aku tak berganjak la dari depan tv tu..Dia tak la sangat hensem..Tapi cam ada aura yang tersendiri la kot..Aku paham ke maksud aura ni?? Haha bowdo la..

Tempat ke 3

Aidil Zafuan & Zaquan Adha
Kembar paling hensem..pada A.K.U ya..Tak kisah la Aidil da kawen pon tapi kalau aku berselisih dengan diorang ni mesti aku toleh banyak kali punya la..hensem seyh..Aidil hensem lagi sket kot dari Zaquan. Tapi disebabkan diorang kembar so aku bagi la dua dua ni kredit yang sama..hehe..

Tempat ke 2

Louis Koo
Bak kata ninie..Louis ku ye bukan louis mu..hehe..Hensem, cool, macho tahap gaban..Sires aku suka gile tengok dia..Cam separa lengkap la. Muka cam best, tinggi..huhu..Dia tak nak ke kat aku???..haha..

Juara


Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Mr almost perfect..Intelligent, hensem, tinggi, kaya..memang hampir lengkap la..Aku rasa pakcik ni memang tak reti nak duduk diam kot. Tengok jadual keje dia bapaklah full. Kalau aku la camtu mau da muntah darah dah..huhu..Tapi aku sangat respek la dgn dia. My idol..Dulu aku selalu rasa tak yakin dengan diri sendiri. Tapi lepas baca tulisan dia, cite cite tentang dia terasa cam dapat semangat yang aku pon boleh berjaya jugak. Aku jadikan kejayaan dia sebagai 1 motivasi dan alhamdulillah masa aku sem 5 aku capai apa yang aku rasa tak mungkin aku dapat capai..Apa dia? rahsia..kang cam takbur plak..hehe...
Rasanya dapat tak korang cari apa persamaan antara diorang ni??? Cubalah cari..kalau jumpa bagitau aku ye..hehe...

Sunday, May 17, 2009

Untuk Kawan Kawan Infosys Part 1

Kawan kawan yang disayangi..selamat ulangtahun yang pertama =)

Rasanya macam baru lagi balik dari India. Rupanya dah setahun da..huhu sangat tidak sangka..Macam teringat je lagi masa jalan jalan kat Mysore City..haha hampeh gak tapi sgt fun la. Teringat time time kat Lab 5 tu..Time belajar x ingat la..Tp time usha usha org depan ke..time amek nescafe dan cicah biskut chess..time time bergosip serta membuat cite bohong ngan geng mirmo zibang ingat la..haha..Wargh..rindunya...

Untuk kawan kawan yang aku kenali setahun yang lepas

Aku sangat sangat menghargai perkenalan kita. Kamu kamu dan kamu sangat meninggalkan kesan dihati aku. Untuk rumetku Syu, untuk rakan rakan se'Geng'ku Berry dan Ninie..Untuk teman teman Mirmo Zibang Ely dan Kema..Untuk kembarku Nicky..Untuk kawan yang selalu mendengar rungutan dan luahan aku, Dzerg @ Hafiz..

Aku dedikasikan juga untuk rakan rakan yang seringkali menghiasi hidup aku..

Anim, Mar, Haris, John, Dian Wan, Jun dan Jan..
Pak syed, Baam, Afifi dan Slay..
Ayu, Azim, Helmy dan Sarah..
Shima dan Keun..
Za, Ida, Dijah dan Jijah..
Raja, Su dan Shida..
Ely, Cacah, Ayu dan Efa..
Cikgu, Hanif, Najwan, Encik Aizat dan Encik Fakhrul..
Ruby dan Sha..
Zida, Atika, Sab dan Ida..
Shira dan Dila..

Juga untuk kalian yang mungkin aku terlupa rakan rakan sekumpulan dengan kalian...

Aida, Kak Amni, Kak Ti, Joey, Emmy, Step, Lai, Johan, Satiyan, Tan juga yang lain lain..

Aku mintak maaf sangat sangat..bukannya bermaksud nak lupakan kalian yang lain. Mungkin kita tak terlalu dekat sehingga aku mungkin tercicir nama nama kalian. Tapi aku tak pernah membenci atau melupakan kalian. Aku hargai saat saat aku mengenali kalian semua. Dan andai masa boleh diundur semula aku pasti akan lebih dekat dengan kalian.

Menyertai rakan rakan di Infosys memberi kenangan yang terindah untuk aku.
Melalui kehidupan yang hanya ada kita kita.
Menjalani susah dan senang hanya dengan kita kita.
Merasai sakit yang hanya untuk kita kita.
Menjalin hubungan yang hanya antara kita kita.

Walaupun saat aku disana terlalu banyak khabar sedih yang aku terima dari Malaysia ( simpan hanya untuk aku dan aku) tapi aku masih senang juga kerana pada saat aku bersedih (walaupun tak ada seorang yang tahu) aku gembira kerana ada kalian semua.

Kehadiran aku mungkin tak meninggalkan impak untuk kalian kerana aku mungkin tak menyerlah seperti beberapa nama yang lain. Tapi yang pasti kehadiran kalian dalam hidup aku sangat memberi kesan. Bahkan aku pasti ada yang sangat mensyukuri pemergian kita kesana. Terutamanya pasangan pasangan yang tercipta dekat sana..Tahniah untuk Jun dan Jan. Untuk Afifi dan Kema, aku doakan kalian kekal bersama. Untuk yang lain lain juga. Semoga bahagia milik kalian semua.

Wednesday, May 13, 2009

Kosong ( 0..0..0..0) Kosong

Terasa sangat kosong la minggu ni. Semua benda jadi serba tak kena. Ada benda yang sedang berlegar dalam fikiran aku ni. Cuma tak tahu macam mana nak luahkan. Kalau cakap pun mesti orang takkan faham punyalah. Paling paling pun mesti kata aku ni je yang suka complicated kan keadaan.

Kenapa aku rasa kosong sangat ni? Mungkin sebab housemateku tak ada kot. Tengah bersenang lenang dekat bandung. Ke sebab merah putih da habis? Mungkin jugak tu. Selalu kalau kol 830 tu mesti tengah layan cite tu kat TV9. Cite baru ni tak berapa best sangat la, walaupun hakikatnya aku suka tengok Liyana Jasmay berlakon.

Masih tak habis fikir lagi kenapa hidup aku kosong minggu ni. Aku masih berkira kira pasal Tambun ke? Agaknyalah kot. Susahnya nak buat keputusan. Padahal jawapan dia antara dua je. Pergi atau tak. Aku da pilih tak tapi masih lagi nak ragu ragu dengan pilihan sendiri. Huh..

Weekend ni aku nak buat apa pulak..Ninie tak ada. Kak Azma dengan Kak Linda pun mesti tak ada jugak. Da balik dari bercuti tu mesti nak balik kampung pulak. Time ni la nak agihkan ole-ole yang diorang beli untuk family masing masing..(kalau aku la..tapi mesti diorang pun fikir macam tu jugak..)..Ina pon mesti balik punyalah. Itu tak payah cakaplah. Memang tiap tiap minggu balik.

Aku? Nak balik tapi tengah semekin ni. Kalau ada yang baik hati nak tolong isi minyak keteku ok gak..haha harapan la..Alamatnya memang kene duduk umah sambil tengok wonderpets la ni..Huhu..

000000000000000000000000.......................................................................

p/s: Boifrenku ni tak nak turun turun lagi ke dari kayangan tu...Ida kata dia tak sabar sabar nak tengok muka boifren aku... Jangan kata dia, aku lagi tak sabar nak tengok...Hahahahaha..cet..bowdo la...

Monday, May 11, 2009

Melaka TerCheenta...

Melaka negeriku yang indah dan permai. Sungai melaka yang semakin bersih. Mydin, Carefour, Tesco dan Giant yang bersepah sepah. Kemudahan yang semakin banyak. Perkhidmatan yang semakin cepat. Perhentian bas bertambah elegen.

Rumah berlambak lambak. Projek perumahan berterusan tanpa henti. Fakir miskin? Tak la banyak sangat. Bangunan bangunan pencakar langit? Ada la jugak. Kami sederhana tapi kami bahagia.

Kami tak berguling guling atas jalan. Kami tak berperang sesama sendiri. Kami bersatu walaupun ada jugak yang tak sebulu. Adat la tu. Mungkin ada korupsi? Entah. Kalau ada pon la, aku tak nak masuk campur. Tunggu dekat akhirat nanti. Lu jawab la sendiri.

Walau jauh di mata tapi selalu dekat dihati. Aku sayang melaka? Mesti! Tapi kenapa aku di Kuala Lumpur? Rezeki masih di kota ni. Ikutkan hati memang nak angkat kaki. Mungkin setahun dua lagi.

Negeri orang? Biar tunggang langgang pon. Nak bergaduh? Nak berebut? Aku tak peduli. Yang penting negeri aku aman. Pentingkan diri? Peduli apa aku. Itu pilihan mereka. Tanggung la sendiri. Senang...

Sunday, May 10, 2009

Maaf...Tapi Aku Tak Boleh...

Apa yang korang rasa kalau tak dapat nak tunaikan permintaan org yang sangat berharap untuk permintaan mereka ditunaikan? Hmm tak pasti apa perasaaan korang tapi aku rasa sangat bersalah sekarang ni. Ada satu insan yang sangat sangat mengharapkan sesuatu untuk aku tunaikan. Tapi aku tak mampu nak tunaikan.

Aku sangat berharap untuk tunaikan permintaan dia. Tapi aku tak tahu macam mana. Aku tak tau nak buat apa. Arghh sangat sangat tensen. Aku tak nak hampakan dia tapi aku tak boleh nak buat apa apa. Rasa sangat hilang sekarang ni. Macam orang sesat yang tak jumpa jalan keluar. Rasa nak menangis sekuat kuat hati. Aku tak tau macam mana nak bagitau tapi aku sangat tertekan sekarang ni...

Thursday, May 7, 2009

Ku Katakan Dengan Indah

Ku katakan dengan indah
dengan terbuka
hati ku hampa
Sepertinya luka
menghampirinya

Kau hancurkan hati ku
hancurkan lagi
Kau hancurkan hati ku
tuk melihat mu
Kau terangi jiwa ku
kau redupkan lagi
Kau hancurkan hati ku
tuk melihat mu

Membuatku terjatuh dan terjatuh lagi
Membuat ku merasakan yang telah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri

--------------------------------------------------------
Huh...kenapalah aku kena berhadapan
dengan perkara perkara yang membencikan ni...
I need a break....

Wednesday, May 6, 2009

Bosan!!!

Korunk penah tak rasa bosan tahap gaban..agaknya adalah kot..mesti paham perasaan aku sekarang ni. bosan da tahap dewa19 da ni..Bukan bosan pe, tapi bosan ngan hidup yang steriotaip ni. Pagi bangun patu g keje, patu balik makan, tengok tb dan tido. Esok bangun g keje lagi, balik makan tido. Bapak la bosan giler life aku. Bila nak berubah ni. Hidup dalam keadaan yang bosan nak mampos.

Aku tak nak jadi aku sekarang. Bila pikir pikir balik, aku belajar macam orang giler, patu keje. Keje pulak benda yang aku langsung tak minat. Aku tak tau camne aku leh score subjek yang aku tak minat ni (bukan nak angkat bakul tau, sikit la kot..haha..stop it diya..) Aku rasa tu pon sebab aku ni memang orang yang bosan. Kalo dulu dulu masa zaman kat u bila bosan je aku baca buku..bosan je aku wat tutor..haha memang bosan betul hidup aku..

Aku tak minat langsung apa yang aku buat sekarang. Ini bukan aku, tapi nak buat macam mana. Hidup perlukan duit dowh..Kene keje, nak bagi mak bapak senang. Nak bagi adik adik makan. Semua guna duit. Kalo bole pakai air liur je senang ar..Dari tadika aku dah buat da. Tapi itulah hidup. Aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri je..(tapi aku ikhlas ye..)

Aku nak keje yang aku minat..Tau aku nak jadi apa..Shhh meh sini jap aku bagitau..jangan cite kat orang lain tau..aku nak jadi wartawan, aku nak jadi penulis..aku nak bebas bergerak ke sana ke mari..nak tengok dunia luar..nak mengolah semua idea yang ada dalam kepala hotak ni...Simple kan cita cita aku..Tapi nak wat macam mana..Aku tak dapat belajar bidang yang aku nak..Dalam 8 pilihan aku masa isi borang UPU dulu..bole kata 6 ke 7 aku letak komunikasi..Tapi hampeh..yang satu tu plak yang sangkot..Padahal aku da letak tu yang bawah bawah sekali.. Itu pon sebab lecturer aku masa kat matrik yang suruh..Kalau tak mau semua aku letak komunikasi agaknya..

Ini kira cita cita no 2 aku.. Kalau ikutkan aku nak jadi peguam..Aku nampak je diam (kot???)..Tapi aku suka berdebat..Aku suka mengkaji apa yang orang malas nak amek tau..Tapi kata mak peguam ni sebelah kaki dalam neraka. Aku pon tak tau betul ke tak..Tapi aku tak nak jadi Si Tanggang..Nak tak nak aku lupakan jugak cita cita pertama aku tu..Syurga punya pasal (padahal tak tau pon dapat masuk ke x..nak jadi baik memang susah.berusaha tak jadi jahat pon kira ok la jugak kot..huhu sensitif issue ni..)

Aku sebenarnya da apply tok jadi part time writer kat satu production ni..Harap harap ar berjaya..At least aku dapat gak wat apa yang aku nak..Aku tak nak terus jadi bosan...Damn it...

Manusia dan Kecewa

Manusia ni ada macam macam jenis perangai. Bila masuk bab bab kecewa atau terluka ni setiap manusia tu ada cara tersendiri untuk menangani situasi tersebut. Ada yang akan pilih cara negatif dan ada juga yang memilih untuk menjadi lebih positif. Kita tak boleh nak salahkan mereka 100 peratus kalau mereka memilih untuk menjadi negatif. Itukan pilihan dan hak masing masing.

Tak semua orang boleh mengambil pendekatan yang positif bila hati mereka terluka. Cara kita melihat sesuatu perkara tu mungkin tak sama dengan cara orang lain. Sebab itu kita kena selalu bersedia dengan apa juga reaksi orang bila kita da melukakan hati orang tu. Mungkin pada kita apa yang kita buat tu tak seteruk mana pun, atau mungkin juga kita rasa kita berhak untuk membuat keputusan yang boleh mengundang kelukaan di pihak lain. Tapi jangan sampai kita terlupa yang semua manusia tu ada hati dan perasaan. Kita mungkin rasa tak ada apa apa pun tapi macam mana pulak dengan orang yang kita kecewakan tu?

Rasanya jalan terbaik bila kita berdepan dengan situasi situasi yang mungkin boleh mendatangkan kekecewaan kepada pihak lain ni ialah dengan bersemuka dan berbincang secara baik. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus tepung pun tak bersepah. Kepada yang mengecewakan, mungkin ungkapan maaf itu boleh memadamkan separuh daripada api kemarahan. Dan kepada yang dikecewakan, kehidupan tak berakhir disini. Jalan hidup ini masih panjang untuk ditempuhi. Dugaan tak akan pernah berhenti. Tapi selalulah inginkan diri kita, bahawa ujian itu adalah lubuk pahala.

Renung renungkan, Selamat beramal... Ececece...

Monday, May 4, 2009

Halusinasi

Aku seperti halimunan yang tak kelihatan
Mencelah celah di antara sekumpulan manusia yang leka meneroka dunia
Mereka sedang memerhati
Mereka sedang memandang kepadaku
Sedihya mereka tidak melihat
Yang ada hanya pandangan kosong yang pulang tanpa berita
Inikah imaginasi dimensi tinggi atau satu ilusi di daerah sepi
Aku sedang diburu hampa
Hampa sehingga aku tidak tahu dimana mulanya
Seperti tidak aku temui dimana akhirnya
Arghh bencinya bermain dengan perasaan
Bila hati itu sebenarnya mati
Mati tanpa ada yang mengetahui
Mati tanpa rasa ingin disemadi
Lalu apa lagi mahunya kau hati
Sedang mati itu tetap mati
Pergi itu tetap pergi
Jauhi aku kerana aku ingin keluar dari medan ini
Ke negeri yang riang dan penuh ketawa
Aku ingin kembali ke awal hidupku
Awal yang penuh gembira

Sunday, May 3, 2009

Lirik Pilihan

Rindu Terhenti - Tomok

Telahku tinggalkan
Memori Silamku itu
Tidak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu

Walaupun duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rindu ku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundum kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang bertaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilangkan berganti
Cinta tiba,
Cinta pergi
Biar di asal ku nanti

Ku lupakan mu jua di sini
Sedang kau pergi menjauhi

Sejarah Mungkin Berulang

Kembali semula ke ruangan maya yang lama ditinggalkan..hehe..apa apa pun sebelum memulakan kembali penulisan di blog untuk bulan Mei ni perkara pertama yang ingin aku kongsikan ialah berkaitan OIAM3 yang baru berakhir 1 hb ari tu.

Tahniah diucapkan buat peserta feveretku Tomok =) Wink wink...Gile ar (meminjam kata kata Aizat masa menang AIM)..Aku rasa memang dia layak untuk menang selepas tunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan kalau nak diukur dari episod yang pertama.

Walaupun dah hampir hampir tersingkir tapi kalau da namanya rezeki tu takkan kemana juga. Aku tak adalah cuak pon bila nama tomok disebut sebagai yang tersingkir (cuma terkejut gak la, bajet mamat banyak alasan yang bernama Aweera tu yang kua =p). Tapi memang aku da bajet yang tiga tiga tu mesti boleh masuk punya.

Pendapat aku secara peribadi kalau bukan Tomok, Esther la yang boleh menang. Sebab dua dua ni pon yang banyak dapat pujian daripada Syafinaz and Pakcik Paul Moss tu. Cuma harap harap Tomok tak terkena badi pemenang pemenang musim lepas. Terus hilang, ada pon takat suam suam kuku kaki je. Paling penting bila da menang ni jgn jadi manusia lupa diri plak. Macam satu pemenang tu, last last orang pon da naik menyampah dengan dia.

Imbas balik lagu pertama yang Tomok nyanyikan dulu tu masa dengan New Boys memang la ada significantnya. Kalau dulu masa mula mula keluar dengan New Boys memang jadi fenomena jugak la diorang ni zaman tu. Dan sekali lagi sejarah itu berulang bila Tomok menang OIAM3.

Sememangnya apa yang Tuhan tetapkan untuk kita tu memang kita tak dapat nak duga kan. Aku yakin 10 tahun dulu mesti Tomok pon tak jangka dia akan bergelar jutawan suatu hari nanti. Macam tu juga dengan kita sendiri. Mesti ada sesuatu yang berlaku dalam hidup kita yang kita langsung tak jangka. Aku sendiri pon ada perkara perkara tertentu yang aku langsung tak duga akan aku perolehi dalam hidup ni. Apa apa pon manusia memang hanya mampu merancang, tapi semuanya terjadi atas izin dan ketentuan Tuhan.

Sekali lagi tahniah untuk Tomok. Aku nak mintak maaf juga la kat Tomok sebab mula mula dulu aku langsung tak rasa mamat ni layak masuk OIAM3, tapi sekarang aku tarik balik la kata kata tu.hehe.. Paling penting selain berjaya membuktikan yang dia bukan penyanyi lagu lagu lelehan je satu lagi perkara yang baru aku perasan kat mamat ni ialah dia tak poyo.

Dulu aku bajet mamat ni mesti poyo mengelabah. Bajet best la New Boys dia tu. Patu kua majalah dengan muka cam besh..Memang aku bajet dia ni poyo abes la. Tapi bila tengok kat OIAM dia ni cool je sebenarnya. Tak adalah poyo pon. Low profile je, boleh nampak la orang lain pon senang je ngan dia. Ingat lagi masa dia bagi Esther pakai kasut dia masa kat sunway lagoon tu. Gentle abis la lu bro. Haha tak sangka aku boleh puji Tomok abis abisan. Kekeke...Aku cuma cakap benda yang benar. Tak suka nak hipokrit. Cet.. =)