Kembali semula ke ruangan maya yang lama ditinggalkan..hehe..apa apa pun sebelum memulakan kembali penulisan di blog untuk bulan Mei ni perkara pertama yang ingin aku kongsikan ialah berkaitan OIAM3 yang baru berakhir 1 hb ari tu.
Tahniah diucapkan buat peserta feveretku Tomok =) Wink wink...Gile ar (meminjam kata kata Aizat masa menang AIM)..Aku rasa memang dia layak untuk menang selepas tunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan kalau nak diukur dari episod yang pertama.
Walaupun dah hampir hampir tersingkir tapi kalau da namanya rezeki tu takkan kemana juga. Aku tak adalah cuak pon bila nama tomok disebut sebagai yang tersingkir (cuma terkejut gak la, bajet mamat banyak alasan yang bernama Aweera tu yang kua =p). Tapi memang aku da bajet yang tiga tiga tu mesti boleh masuk punya.
Pendapat aku secara peribadi kalau bukan Tomok, Esther la yang boleh menang. Sebab dua dua ni pon yang banyak dapat pujian daripada Syafinaz and Pakcik Paul Moss tu. Cuma harap harap Tomok tak terkena badi pemenang pemenang musim lepas. Terus hilang, ada pon takat suam suam kuku kaki je. Paling penting bila da menang ni jgn jadi manusia lupa diri plak. Macam satu pemenang tu, last last orang pon da naik menyampah dengan dia.
Imbas balik lagu pertama yang Tomok nyanyikan dulu tu masa dengan New Boys memang la ada significantnya. Kalau dulu masa mula mula keluar dengan New Boys memang jadi fenomena jugak la diorang ni zaman tu. Dan sekali lagi sejarah itu berulang bila Tomok menang OIAM3.
Sememangnya apa yang Tuhan tetapkan untuk kita tu memang kita tak dapat nak duga kan. Aku yakin 10 tahun dulu mesti Tomok pon tak jangka dia akan bergelar jutawan suatu hari nanti. Macam tu juga dengan kita sendiri. Mesti ada sesuatu yang berlaku dalam hidup kita yang kita langsung tak jangka. Aku sendiri pon ada perkara perkara tertentu yang aku langsung tak duga akan aku perolehi dalam hidup ni. Apa apa pon manusia memang hanya mampu merancang, tapi semuanya terjadi atas izin dan ketentuan Tuhan.
Sekali lagi tahniah untuk Tomok. Aku nak mintak maaf juga la kat Tomok sebab mula mula dulu aku langsung tak rasa mamat ni layak masuk OIAM3, tapi sekarang aku tarik balik la kata kata tu.hehe.. Paling penting selain berjaya membuktikan yang dia bukan penyanyi lagu lagu lelehan je satu lagi perkara yang baru aku perasan kat mamat ni ialah dia tak poyo.
Dulu aku bajet mamat ni mesti poyo mengelabah. Bajet best la New Boys dia tu. Patu kua majalah dengan muka cam besh..Memang aku bajet dia ni poyo abes la. Tapi bila tengok kat OIAM dia ni cool je sebenarnya. Tak adalah poyo pon. Low profile je, boleh nampak la orang lain pon senang je ngan dia. Ingat lagi masa dia bagi Esther pakai kasut dia masa kat sunway lagoon tu. Gentle abis la lu bro. Haha tak sangka aku boleh puji Tomok abis abisan. Kekeke...Aku cuma cakap benda yang benar. Tak suka nak hipokrit. Cet.. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Ikut suka hati korunk la nak kata apa~