Melaka negeriku yang indah dan permai. Sungai melaka yang semakin bersih. Mydin, Carefour, Tesco dan Giant yang bersepah sepah. Kemudahan yang semakin banyak. Perkhidmatan yang semakin cepat. Perhentian bas bertambah elegen.
Rumah berlambak lambak. Projek perumahan berterusan tanpa henti. Fakir miskin? Tak la banyak sangat. Bangunan bangunan pencakar langit? Ada la jugak. Kami sederhana tapi kami bahagia.
Kami tak berguling guling atas jalan. Kami tak berperang sesama sendiri. Kami bersatu walaupun ada jugak yang tak sebulu. Adat la tu. Mungkin ada korupsi? Entah. Kalau ada pon la, aku tak nak masuk campur. Tunggu dekat akhirat nanti. Lu jawab la sendiri.
Walau jauh di mata tapi selalu dekat dihati. Aku sayang melaka? Mesti! Tapi kenapa aku di Kuala Lumpur? Rezeki masih di kota ni. Ikutkan hati memang nak angkat kaki. Mungkin setahun dua lagi.
Negeri orang? Biar tunggang langgang pon. Nak bergaduh? Nak berebut? Aku tak peduli. Yang penting negeri aku aman. Pentingkan diri? Peduli apa aku. Itu pilihan mereka. Tanggung la sendiri. Senang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hujan emas dinegeri orang..
ReplyDeletehujan batu di negeri sniri..
=)
aku dulu skolah kt KMM londang..aiceh.. ;)
Diya...
ReplyDeleteaku pun sayang Melaka,, ku.. go go Melaka.;)
awat tulis cerite pasal melaka ni...Home sick ek :p