Tak semua orang boleh mengambil pendekatan yang positif bila hati mereka terluka. Cara kita melihat sesuatu perkara tu mungkin tak sama dengan cara orang lain. Sebab itu kita kena selalu bersedia dengan apa juga reaksi orang bila kita da melukakan hati orang tu. Mungkin pada kita apa yang kita buat tu tak seteruk mana pun, atau mungkin juga kita rasa kita berhak untuk membuat keputusan yang boleh mengundang kelukaan di pihak lain. Tapi jangan sampai kita terlupa yang semua manusia tu ada hati dan perasaan. Kita mungkin rasa tak ada apa apa pun tapi macam mana pulak dengan orang yang kita kecewakan tu?
Rasanya jalan terbaik bila kita berdepan dengan situasi situasi yang mungkin boleh mendatangkan kekecewaan kepada pihak lain ni ialah dengan bersemuka dan berbincang secara baik. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus tepung pun tak bersepah. Kepada yang mengecewakan, mungkin ungkapan maaf itu boleh memadamkan separuh daripada api kemarahan. Dan kepada yang dikecewakan, kehidupan tak berakhir disini. Jalan hidup ini masih panjang untuk ditempuhi. Dugaan tak akan pernah berhenti. Tapi selalulah inginkan diri kita, bahawa ujian itu adalah lubuk pahala.
Renung renungkan, Selamat beramal... Ececece...
oh diya! sungguh suke entry ini. =)
ReplyDeletekalau la semua manusia rela maaf memaafkan,pasti tiada masalah dalam hidup,masalahnya,yang meminta maaf dah ok,yang tak nak maafkan tu yang buat kita tak ok,asyik lari jer dari kita,walaupun kita dah minta maaf,ALLAH,tolong la aku....bingung aku memikirkan....
ReplyDelete