Monday, May 4, 2009

Halusinasi

Aku seperti halimunan yang tak kelihatan
Mencelah celah di antara sekumpulan manusia yang leka meneroka dunia
Mereka sedang memerhati
Mereka sedang memandang kepadaku
Sedihya mereka tidak melihat
Yang ada hanya pandangan kosong yang pulang tanpa berita
Inikah imaginasi dimensi tinggi atau satu ilusi di daerah sepi
Aku sedang diburu hampa
Hampa sehingga aku tidak tahu dimana mulanya
Seperti tidak aku temui dimana akhirnya
Arghh bencinya bermain dengan perasaan
Bila hati itu sebenarnya mati
Mati tanpa ada yang mengetahui
Mati tanpa rasa ingin disemadi
Lalu apa lagi mahunya kau hati
Sedang mati itu tetap mati
Pergi itu tetap pergi
Jauhi aku kerana aku ingin keluar dari medan ini
Ke negeri yang riang dan penuh ketawa
Aku ingin kembali ke awal hidupku
Awal yang penuh gembira

No comments:

Post a Comment

~Ikut suka hati korunk la nak kata apa~