Tuesday, December 29, 2009

Mood Holiday...

Aduh da masuk hujung hujung tahun ni kan mood memang hilang habis...Malas je rasa..hehe..

Aku macam ada feel nak g holiday tapi tak tau katne..Ada sape2 yang punya cadangan pape? Mungkin bole bg idea..Hehe.. (Macam la dapat cuti..Haha..)

Monday, December 28, 2009

Abadikan perasaan ini...

Bencinya bila mula memendam perasaan sendiri. Aku tak suka bila perasaan tu datang. Aku akan melukakan hati sendiri. Walapun aku tahu perasaan yang datang tu akan pergi jugak dengan sendirinya tapi masih aku benci.

Kenapa aku boleh bagi peluang untuk perasaan tu datang. Memang aku tak mintak tapi aku patut boleh menghalang. Kenapa aku tak halang? Sedang aku tahu hakikatnya aku akan terluka lagi.

Dan kali ni perasaan tu datang lagi..Aku tak nak macam selalu..Perasaan yang datang dan pergi begitu saja. Aku mahu ia kekal disitu kerana aku mula sayangkan perasaan ini. Tolong abadikan perasaan ini Tuhan..Biar ia kekal disitu..Jangan biar ia pergi sama seperti perasaan perasaan yang lain..

Thursday, December 17, 2009

Malaysia Menang!!!


Pagi ni sepanjang perjalanan dari Melaka ke KL aku senyum je.Pasal apa?? Haha mesti la pasal Malaysia menang pingat emas bola sepak tok SEA games semalam. Bagai nak gila kot aku sorak. Terasa la perit tekak aku pagi ni. Aku tengok kat umah je semalam ngan adik adik aku. Itu pon da sangat havoc. Aku la yang pengaruh adik adik aku tengok bola ni. hehe..

Separuh masa pertama aku rasa macam boleh kena serangan jantung je tengok match tu. Mana tak nye, Vietnam asik serang gol Msia je. Kita plak ada la sekali sekala acah keeper dia. Tapi masuk second half tu rasanya aku boleh bagi tabik spring ar kat Msia. Our turn plak untuk serang gawang lawan.

Kita banyak buat percubaan cuma belum rezeki nak gol je. Patu bila da gol apa lagi memang gegak ar umah ku. Bapak ku plak da sound sound dari dlm bilik. Maklum la time maghrib kot. Hehe ampun..Bapak ku ni memang tak minat bola. Kutuk je memanjang. Geram btol aku. Tu yang semalam dia tak join kitorang tengok. Siap dia bole kata Msia akan kalah 3-1. Berani sungguh ye, nasib baik bapak ku..Hahaha...



Pape pon aku nak ucap tahniah buat semua player Msia tak kira la yang utama ke yamg simpanan ke. Tahniah jugak buat K.rajagobal ngan suma pengurusan bola sepak Msia. Superb la beb. Korang buat aku tersenyum je dari semalam sampai la hari ni. TQ so much to all of u. Aku rasa semua rakyat Msia yang normal dan waras akan bangga dengan kejayaan korang. Pada pengkritik pengkritik bola sepak Msia tolong tutup mulut korang sekejap ye. Biar kitorang yang support team Msia ni bergumbira dan berpesta dulu..Haha..

My big TQ to K.Rajagobal,Aidil Zafuan,Zaquan Adha,Norshahrul,Muslim, Nasriq, Guru,Sharbinee,Fakri,Badrol Bahtiar,Sabree,Amar,Safiq Rahim and suma la yang lain lain. Sowi ek sebab tak tersebut nama korang semua. Hehe...

Saturday, December 12, 2009

“Buktikan saya kaki pukul” - Remy Ishak



Ketika orang sibuk berbicara kehebatan teater Natrah yang dipentaskan di Istana Budaya, tiba-tiba berita hangat lain menjadi perhatian apabila salah seorang pelakonnya, Remy Ishak yang memegang watak Mansor Adabi dibelasah sekumpulan lelaki.

Peristiwa yang berlaku di bilik persalinan Istana Budaya pada malam 4 Disember lalu itu memberi tamparan hebat dan kontroversi terbaru buat Remy.

Menurut laporan akhbar, Remy dikepung lima lelaki manakala dua lagi bertindak memukulnya sehingga dia mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

Pelakon Nur Kasih itu membuat laporan polis selepas kejadian dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Akibat insiden itu tersebar pelbagai persepsi yang sekarang ini masih menjadi tanda tanya apakah punca dia dibelasah? Ada yang mendakwa kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham membabitkan Remy dan pelakon Ummi Nazeera.

Malah ada yang berkata kononnya sikap “playboy” Remy yang membuatkan dia terpaksa menerima padah di bilik persalinan itu.

Namun Remy ketika ditemui pada hari Jumaat lalu dilihat mampu mendepani masalah itu dengan baik tetapi enggan mengulas secara mendalam punca pergaduhan itu terjadi.

“Perkara ini masih dalam siasatan polis,” jelasnya kepada wartawan SY MUSSADDAD MAHDI.

Apa punca Remy dibelasah?

Saya minta maaf sebab tak dapat nak beri penjelasan pasal perkara tersebut. Kalau boleh saya tak mahu ulas sehingga tiba waktunya. Lagipun kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis dan saya tak mahu memanjangkan cerita kerana bimbang mengganggu siasatan pihak polis. Tapi pelbagai spekulasi timbul selepas kes tersebut dan ia sedikit sebanyak menjejaskan nama saya.

Mengikut laporan akhbar ramai yang mendakwa punca Remy dibelasah akibat ada ‘masalah’ dengan seorang artis wanita yang dikaitkan sebagai kekasih Remy. Sejauh mana hubungan Remy dengan artis itu?

Saya memang berkawan dengan artis tersebut. Sudah setahun kami menjalinkan hubungan cinta. Cuma ia tidak diperbesar-besarkan memandangkan saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarganya. Saya sangat menghormati mereka.

Benarkah dakwaan yang mengatakan Remy memang panas baran dan kaki pukul?

Siapa yang bercakap tentang perkara tersebut? Kalau ada tolong tampil untuk memberikan bukti. Mungkin orang memberikan andaian masing-masing tanpa mengenali siapakah Remy Ishak sebenarnya. Selepas kes itu ramai yang menganggap saya memukul dia. Tapi hakikatnya saya tidak melakukan perkara tersebut. Kalau tak percaya cuba tanya dia sendiri. Dia tahu apa yang berlaku dan tak perlu rasanya orang di luar sana mendengar cerita daripada pihak ketiga.

Kalau Remy tidak mempunyai apa-apa masalah, kenapa ada orang nak serang Remy?

Saya tak mahu bercakap soal itu. Tunggulah semuanya selesai sedikit masa lagi. Orang yang datang menyerang saya. Tidak perlu saya mengulas lanjut kerana saya dan dia tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam insiden tersebut. Tak guna saya buka mulut jika ia akan memburukkan pihak dia. Tapi saya juga harus mempertahandiri saya dari terus dilihat sebagai bersalah. Tak adil rasaya jika saya tidak membersihkan nama dan hanya menelan kata-kata nista yang dilemparkan.

Ada sumber yang memberi tahu Remy seorang playboy dan banyak skandal? Benarkah dakwaan tersebut?

Bila masa saya ada skandal? Dengan siapa? Kalau benar dakwaan tersebut sila kemukakan bukti dan jangan pandai bercakap di belakang sahaja. Kalau asyik cakap belakang sampai bila pun tak habis. Saya hanya menganggap ini adalah cubaan untuk melihat saya tersungkur. Saya tak peduli semua ini. Remy Ishak tetap akan melangkah ke hadapan dan berjalan tanpa henti. Biarlah apa orang lain nak cakap.

Bagaimana hubungan Remy dengan dia sekarang?

Saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan dia lagi. Dia ada menghubungi saya dan meminta maaf atas apa yang berlaku. Saya boleh maafkan apa yang telah berlaku, cuma cukup setakat ini sahaja. Saya tak mahu pisang berbuah dua kali. Saya juga ada maruah diri dan dalam masa yang sama perlu menjaga maruah keluarga. Cukup semuanya berakhir di sini sahaja.

Apa tindakan Remy selepas ini?

Saya tidak mahu peminat terus menghukum saya dan menyalahkan saya sahaja. Macam-macam cerita tak elok tentang saya sekarang. Saya tak mahu buka mulut lebih-lebih bimbang akan memburukkan orang lain.

Dia tampil memberikan kenyataan akhbar di Kosmo! Jumaat lalu. Apa yang Remy mahu katakan?

Saya sudah baca berita tersebut dan pelik kenapa dia tidak memberi tahu hal yang sebenarnya? Saya rasa dia tahu keikhlasan saya dan saya kesal kerana dia tidak menyatakan hal yang sebenar. Saya berkawan dengan dia sebab dirinya dantidak ada motif lain.

Apa reaksi keluarga dan peminat selepas kejadian itu?

Sudah tentu emak dan keluarga adalah orang yang paling terkejut dan sedih dengan kejadian ini. Tapi saya dah jelaskan apa sebenarnya yang berlaku dan mereka memahami saya seadanya. Bagi saya cukup mereka mengetahui apa yang berlaku dan bersabar dengan dugaan ini.

Apa tindakan Remy selepas ini?

Remy Ishak tidak akan dapat menutup mulut orang lain tetapi saya juga tidak akan tunduk dengan apa yang telah berlaku. Saya akan ‘meninggalkan’ dia tetapi tolong jangan terus membuat tuduhan bukan-bukan terhadap saya. Saya juga memaafkan ‘mereka’ dan dalam masa yang sama ingin memohon maaf kepada mereka. Kalau sesiapa nak tahu cerita sebenar boleh datang jumpa saya. Itu lebih baik daripada terus mempercayai cerita yang tak berasas.

Remy dedah cerita sebenar

Remy dedah cerita sebenar
Oleh Zubir Mohd Yunus



Pelakon popular beri penjelasan insiden dirinya bergaduh dengan dramatis, Ummi Nazeera

INSIDEN bintang drama Nur Kasih dan Teater Natrah, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 27, dipukul sekumpulan tujuh lelaki di koridor bilik persalinan Istana Budaya, Kuala Lumpur malam Sabtu lalu (5 Disember) mengejutkan ramai pihak. Dia dikatakan dibelasah sekumpulan samseng selepas mendatangkan kecederaan kepada ‘teman tapi mesranya’, aktres remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19, sehari sebelum kejadian berkenaan.

Susulan kejadian itu, Remy yang mengalami bengkak di muka dan kaki membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Bagi memastikan kesahihan Remy mengasari Ummi sehingga mengalami luka dan lebam di muka selepas berlaku pertengkaran antara mereka, usaha mendapatkan komen daripada Ummi menemui jalan buntu selepas dia enggan membuat sebarang kenyataan. Begitu juga temu janji yang dibuat bersama ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, dua kali dibatalkan pada saat akhir, sekali gus melenyapkan harapan mendapatkan cerita sebenar.

Pun begitu, pengurus Ummi, Zailan Mohamed, 35, bersedia berkongsi cerita mengenai kejadian yang berlaku antara Remy dan Ummi. Kata Zailan, ketika ini Ummi masih trauma gara-gara insiden yang menimpa dirinya tempoh hari, manakala Maziah buat masa ini tidak mahu diganggu.

Berdasarkan keterangan Zailan, dia diberitahu Ummi pada pagi 4 Disember, memang benar antara dirinya dan Remy berlaku pertengkaran. Namun, muka Ummi cedera selepas terjatuh. Tidak lama selepas itu, Maziah pula memaklumkan kepada Zailan cerita yang berlainan.

Kata Zailan, berdasarkan keterangan Maziah, dia dimaklumkan Ummi dan Remy bertengkar, namun Ummi mengalami kecederaan di muka selepas dikasari Remy!

Justeru, penulis berjaya memujuk Remy menceritakan kejadian sebenar apa yang berlaku antara dia dan Ummi sehingga didatangi sekumpulan tujuh lelaki yang memukulnya di Istana Budaya.

“Saya tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa termasuklah pihak Ummi. Saya hormat ibu Ummi, Datuk Maziah dan seisi keluarganya. Saya tidak berniat untuk memburuk-burukkan mereka. Jadi, adalah lebih baik mereka memberitahu perkara sebenar. Terus terang saya memberitahu, antara saya dan Ummi, kami mempunyai hubungan istimewa.

“Tapi, demi menjaga nama baik keluarga Ummi, saya lebih selesa membuat pengakuan, kami sekadar berkawan baik saja. Saya turuti kemahuan Ummi. Ketika saya ingin membuat pengakuan ini, hati saya berbelah bagi. Apabila saya menceritakan kebenaran, perkara itu akan memburukkan pihak Ummi, tapi jika saya tidak memberitahu kebenaran, pihak Ummi mendakwa saya seolah-olah seorang lelaki yang jahat, dayus pukul perempuan.

“Saya perlu menjaga nama baik saya, keluarga dan kepada orang ramai yang meminati lakonan saya. Punah harapan mereka untuk melihat saya berjaya sekiranya memperoleh dakwaan yang tidak benar. Dakwaan daripada pihak Ummi, saya mengasari Ummi, memang akan menghancurkan karier saya. Tapi, dakwaan itu bukan daripada mulut Ummi mahupun ibunya, sebaliknya diceritakan Zailan. Namun, saya perlu menceritakan perkara sebenar,” kata Remy.

'Ummi serang saya bertubi-tubi'

Remy juga akui dia tidak mahu orang tersalah anggapan terhadap dirinya apabila dia didakwa memukul Ummi Nazeera, tapi pada malam kejadian 4 Disember lalu, selepas selesai pementasan Natrah di Istana Budaya, dia menerima panggilan telefon daripada Ummi menyatakan ingin bertemunya.

“Saya pun pergi menemui Ummi di kondominiumnya di Ampang walaupun saya tahu, keluarganya memang tak gemar saya datang bertemu Ummi lewat malam. Saya bertemu Ummi di kawasan bawah kondominium saja. Namun, pada pertemuan itu, antara kami ada berlaku sedikit salah faham membabitkan emosi masing-masing.

“Perkara itu secara langsung mencetuskan kemarahan saya dan Ummi. Perasaan saya ketika itu memang sangat hancur apabila ada satu perkara yang dilakukan Ummi. Dalam perhubungan, bertengkar, memang perkara biasalah. Supaya keadaan tidak bertambah keruh, saya ambil keputusan untuk beredar dari situ. Tapi, saya berasa serba salah. Pertengkaran sebelum itu, saya sangat marah dan kecewa sehingga saya mencampakkan telefon bimbit Ummi. Justeru, saya menemui Ummi kembali untuk minta maaf dan memberitahunya, saya akan ganti semula telefon bimbitnya yang dah pecah itu.

“Tapi, apabila saya kembali mendapatkannya, saya diserang bertubi-tubi oleh Ummi. Saya tak mahu memburukkan Ummi, tapi perkara ini adalah fakta. Ketika serangan itu dilakukan, Ummi dalam keadaan yang sangat agresif. Saya yakin, fikirannya ketika itu dipengaruhi sesuatu. Fikirannya tak menentu, di luar kawalan, bau nafas Ummi juga tidak seperti kelazimannya,” kata Remy.

Marah kerana Ummi ambil suatu ‘benda’

Beliau juga menjelaskan, pertengkaran antara mereka juga disebabkan suatu ‘benda’ yang diambil Ummi. Namun, Remy tidak menjelaskan apa ‘benda’ yang sudah diambil Ummi.

“Itu adalah faktor utama kenapa saya bertekak dengan Ummi. Saya menjadi marah kerana Ummi pernah berjanji dengan saya beberapa kali untuk tidak mengulangi kesilapan sama. Saya sangat kecewa kerana Ummi sering memungkiri janji-janjinya. Itu yang menyebabkan saya baling telefon bimbit Ummi.

“Ummi datang kepada saya, dia terus sepak, tendang dan menumbuk saya. Pada awalnya saya hanya mendiamkan diri, bagi saya, apa lagi yang mampu saya lakukan. Tapi, apabila Ummi berkali-kali tanpa henti (meneruskan serangan), tenaganya pula ketika itu seolah-olah seperti seorang lelaki, sampai satu peringkat, saya berasakan harus mengelak serangan yang bertubi-tubi itu.

“Ketika saya mengelak serangan Ummi, tangan saya terkena muka Ummi, ketika itu ada cincin di jari saya. Sejurus selepas itu, Ummi gagal mengimbangi badannya, lagipun fikirannya masih dipengaruhi sesuatu, lalu dia jatuh tersembam ke lantai. Apabila saya pusingkan kepalanya, saya lihat ada kesan bengkak di pipinya.

“Ya Allah, kalau jadi macam ni, memanglah saya kena tuduh pukul Ummi. Saya yakin, kebenaran akan terbukti juga suatu hari nanti, saya hanya mengelak serangan Ummi. Justeru, saya tidak pernah mengasari Ummi, saya hanya mempertahankan diri daripada terus dipukul Ummi. Itulah perkara sebenar yang berlaku pada malam kejadian,” katanya.

'Keluarga Ummi pukul saya'

Remy juga berkata, pada keesokan harinya (5 Disember) di Istana Budaya, dirinya diserang sekumpulan lelaki, iaitu ada antara mereka terbabit memang dikenalinya, iaitu salah seorang ahli keluarga Ummi sendiri.

“Saya tak sangka perkara itu akan berlaku. Saya kasihan dengan orang yang memukul saya itu, mereka hanya makan gaji (diupah), mereka tidak tahu mengenai kebenaran. Bagi saya, setiap perkara, kita boleh bawa berbincang. Kita semua dah dewasa, dikurniakan akal fikiran, bukannya anak-anak kecil.

“Apa guna kita berharta, tapi sifat berperikemanusiaan itu tak wujud dalam diri kita? Kejadian itu sudah saya buat laporan polis, jadi perkara selanjutnya saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan ke atas pencerobohan di Istana Budaya dan serangan terhadap diri saya.

“Selebihnya saya rasa Ummi yang lebih tahu. Tak perlulah daripada mulut ibu Ummi atau Zailan. Sepatutnya Ummi sendiri yang tampil membuat kenyataan kalau betul saya pukul dia. Ummi sepatutnya yang bercakap, bukannya pihak lain. Kenapa Ummi membiarkannya?

Saya tahu, keluarga Ummi tak suka saya meneruskan hubungan dengan Ummi. Kalau tak suka, cakap, saya boleh pergi jauh daripada hidup Ummi, tapi jangan buat dakwaan yang tak benar, sekali gus mengaibkan nama saya.

“Kepada Ummi, ceritakan perkara sebenar. Dia yang tahu kebenarannya. Pun begitu, demi memelihara hubungan Ummi dan keluarganya, saya undur diri (tidak meneruskan perhubungan bersama Ummi). Saya tak boleh ‘kawal’ Ummi dan tak boleh berada di dalam dunia Ummi. dunia kami berbeza, saya sedar siapa diri saya dan di mana saya berdiri. Saya mohon maaf sekiranya kenyataan saya ini mengguris hati Ummi dan keluarganya.”

Wednesday, December 9, 2009

Mana Diorang Tahu Ni???

Gosip telah tersebar. Nak kene siapkan surat resign ni..Haha..Lol..

Mana diorang tahu ni? Sengal...

Luhur Kasih Natrah



1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Disember 1942, Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Natrah kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh yang telah ditawan oleh tentera Jepun.

Aku kongsikan serba sedikit sejarah awal Natrah. Selebihnya korang boleh cari sendiri dekat internet atau dari buku buku khas tentang Natrah. Lepas je tengok teater Natrah aku betul betul rasa terpanggil untuk lebih mendalami riwayat Natrah. Jadi aku kotakan janji aku untuk selami kisah Natrah.

Sekarang aku lebih jelas tentang Natrah. Tentang kecintaan Natrah terhadap Che Aminah dan Mansor Adabi. Kerinduan Natrah kepada Islam. Tentang luhur kasih Natrah terhadap Mansor Adabi. Kekecewaan Natrah bila terpaksa pulang ke Belanda. Terkurung dalam kehidupaan yang penuh egois. Adeline dan Adrianus tak cintakan Natrah! Mereka bertempik memberitahu dunia betapa kasihnya mereka terhadap Natrah tapi apa buktinya?



Melepaskan Natrah untuk bersuamikan seorang tukang kayu walau pada hakikatnya kasih Natrah buat seorang cikgu yang mewah hidupnya. Menjadikan Natrah seorang isteri yang sanggup membunuh suami sendiri? Membiarkan Natrah menjadi penghuni wad gila? Merelakan Natrah seorang ibu meninggalkan anak anaknya demi mengikut lelaki lain?

Dak kamu-kamu yang bergelar orang-orang hebat, kenapa tidak tampil membantu? Kamu juga yang memberi derita kepada Natrah! Natrah perlu kamu tapi kamu dimana! Kamu takut untuk menentang penjajah! Kamu Bangsat!

Natrah cinta Mansor. Natrah tunggu Mansor. Tapi Natrah kecewa bila Mansor berkahwin dengan anak muridnya. Natrah hancurkan hidupnya kerana terluka. Kalaulah Natrah tahu, Mansor juga cintakan Natrah. Mansor tunggu Natrah, Mansor kirimkan surat buat Natrah. Tapi Mansor kecewa bila "surat" Natrah tiba. Natrah minta dia dilupakan. Natrah sudak kembali katholik. Itu bukan Natrah, Mansor! Itu tipu helah mereka!

Airmata aku tahankan. Seboleh mungkin tidak mahu ia gugur. Aku sayu membaca kisah Natrah. Aku pasti Natrah bahagia jika terus di Kemaman. Aku yakin Natrah dihargai jika terus bersuamikan Mansor Adabi. Dan sepenuhnya aku percaya Natrah islam dipenghujung hayatnya jika orang orang besar itu tampil menghulur bantuan.

Sekadar berkongsi hasil pembacaan. Kawan kawan juga boleh isikan masa lapang dengan membaca kisah kisah ini. Percaya aku, kawan kawan juga akan sebak diakhirnya.

Salam Kenangan Buat Natrah.

Tuesday, December 8, 2009

Natrah





Akhirnya sabtu hari tu dapat jugak tengok Natrah. Kira tercapai da la impian nak tengok teater. And amazingly im fallin in love with it. For sure next time kalau ada cite cite yang menarik memang ku akan join lagi la.



What I can say lepas tengok teater tu ku rasa macam lebih berminat untuk tahu the whole cite psl Natrah. Sangat menarik untuk diketahui. Hmm nak cari buku tu tak tau la pulak tapi paling senang is google je la..Will look for it when i got free time.



Aku duduk depan gak la masa tengok teater tu. Kira dekatla ngan POJAAN HATIku Si Remy Ishak tu..haha..Tapi yg x best time autograf session tu Remy xde plak. Takut kene belasah lagi kot. Memang mangkuk giler sape yang berani sentuh muka Remy ku tu. Daripada info2 yang ku dapat dari kawan2, ku mcm da tau da angkara siapakah itu..Memang damn it la itu orang..Kamu tahu apa kamu patut buat Remy..Leave it je!!!..Im here for you..Hahaha..

Tapi memang rasanya ramai yang datang pon sebab Remy gak kot. Sebab masa diorang perkenalkan pelakon at last show tu memang time dia announce nama Remy tu giler kuat yang menyorak and tepuk tangan. Termasuk la aku ngan Cik Ninie. Haha..Langsung tak cover ayu. Remy punya pasal. Mamat sebelah aku tu mesti bengang je.Hehe ampun...

Wednesday, December 2, 2009

Jodoh ke Kebetulan???

Abis la..Diya da mula mengarut..Hahaha..Ampunkan aku..Bak kata KD.."Aku wanita biasa..." Cet!

Tadi masa break, sambil jalan jalan nak balik office aku asik tengok jam je. Waktu menunjukkan 10 minit melepasi time HATI PON SAMA abis keje. Ala da terlambat =(
Hajat di hati nak jumpa dia dekat lif. Da berapa hari tak tengok muka dia. Rindu gile..Haha poyo..

Pastu dengan penuh kesedihan aku berjalan menuju ke pintu lif. Hati berkira kira kalaulah dia keluar dari lif masa tu..Kemudian pintu lif pon terbuka. Aku memandang penuh harapan..Namun yang ditunggu tak kelihatan. Yang kelihatan ialah bekas rakan seTeam aku, Rusy. Aku pandang Rusy sambil berbalas sapaan. Ditemani hati yang kehampaan aku pun berjalan lemah ke pintu lif. Tiba tiba.....

Dia keluar dari lif tu...What????? Jodoh ke kebetulan ni..Wiwiwiwi..Dia pandang aku dengan senyuman yang buat jantung aku ni nak jatuh dekat situ jugak..Ada harapan nak mintak dia tolong kutipkan..Hahaha..Sengal la ko ni Diya...Tau tak sengal tu macam mana..Macam ko la..Wuwuwu...Tapi yang penting korang faham faham je la macam mana kegumbiraan aku masa tu..Terasa dunia sangat adil..Lalalala....

Sekali lagi ampunkan aku..Hehehe... =)))

Jom Tengok Natrah!!!



Akhirnya impian nak tengok teater hampir tercapai...Pagi tadi Ain, member satu office mesej bagitau yang cousin dia da tolong book kan tiket untuk tengok Natrah. Kenapa hampir tercapai? Kan da book? Biasalah, tak mau nak confident sgt..Manusia ni cuma merancang je. Kang tetiba tak dpt nengok kang down plak..Haha..

Hopefully betul betul dapat tengok.. Tolonglah Tuhan..Kawan kawan, doakan impian aku tercapai ek..Hahaha tragis gile..