Wednesday, December 9, 2009

Luhur Kasih Natrah



1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Disember 1942, Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Natrah kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh yang telah ditawan oleh tentera Jepun.

Aku kongsikan serba sedikit sejarah awal Natrah. Selebihnya korang boleh cari sendiri dekat internet atau dari buku buku khas tentang Natrah. Lepas je tengok teater Natrah aku betul betul rasa terpanggil untuk lebih mendalami riwayat Natrah. Jadi aku kotakan janji aku untuk selami kisah Natrah.

Sekarang aku lebih jelas tentang Natrah. Tentang kecintaan Natrah terhadap Che Aminah dan Mansor Adabi. Kerinduan Natrah kepada Islam. Tentang luhur kasih Natrah terhadap Mansor Adabi. Kekecewaan Natrah bila terpaksa pulang ke Belanda. Terkurung dalam kehidupaan yang penuh egois. Adeline dan Adrianus tak cintakan Natrah! Mereka bertempik memberitahu dunia betapa kasihnya mereka terhadap Natrah tapi apa buktinya?



Melepaskan Natrah untuk bersuamikan seorang tukang kayu walau pada hakikatnya kasih Natrah buat seorang cikgu yang mewah hidupnya. Menjadikan Natrah seorang isteri yang sanggup membunuh suami sendiri? Membiarkan Natrah menjadi penghuni wad gila? Merelakan Natrah seorang ibu meninggalkan anak anaknya demi mengikut lelaki lain?

Dak kamu-kamu yang bergelar orang-orang hebat, kenapa tidak tampil membantu? Kamu juga yang memberi derita kepada Natrah! Natrah perlu kamu tapi kamu dimana! Kamu takut untuk menentang penjajah! Kamu Bangsat!

Natrah cinta Mansor. Natrah tunggu Mansor. Tapi Natrah kecewa bila Mansor berkahwin dengan anak muridnya. Natrah hancurkan hidupnya kerana terluka. Kalaulah Natrah tahu, Mansor juga cintakan Natrah. Mansor tunggu Natrah, Mansor kirimkan surat buat Natrah. Tapi Mansor kecewa bila "surat" Natrah tiba. Natrah minta dia dilupakan. Natrah sudak kembali katholik. Itu bukan Natrah, Mansor! Itu tipu helah mereka!

Airmata aku tahankan. Seboleh mungkin tidak mahu ia gugur. Aku sayu membaca kisah Natrah. Aku pasti Natrah bahagia jika terus di Kemaman. Aku yakin Natrah dihargai jika terus bersuamikan Mansor Adabi. Dan sepenuhnya aku percaya Natrah islam dipenghujung hayatnya jika orang orang besar itu tampil menghulur bantuan.

Sekadar berkongsi hasil pembacaan. Kawan kawan juga boleh isikan masa lapang dengan membaca kisah kisah ini. Percaya aku, kawan kawan juga akan sebak diakhirnya.

Salam Kenangan Buat Natrah.

No comments:

Post a Comment

~Ikut suka hati korunk la nak kata apa~