Tuesday, April 14, 2009

Tag Gambar Kesukaan




Kenapa anda suke gambar ini?
- sebab saya suka keadaan dalam gambar ni..ada keceriaan dan kebahagiaan..wink..wink..

Bila kali terakhir mkn pizza
- Hmm masa lepas gi tukar tayar kete kat bangsar..ngan ninie..

Lagu terakhir yg anda dengar
- Entah..tajuk dia entah..lagu afgan..

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
- nak balik..da abis time keje ni..hehe..

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa
- nama yang ninie bagi..yaya..hehe sebab nama tu sangat cute..macam saya..tet.. =)

Tag lagi 5 org -->

soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
1) Aini
2) Ninie
3) Ida
4) Kema
5) Kak mona

no 1 pada anda?
- besfwen saya forever..kitorg kenal since matrik lagi..dia rumet saya masa kat matrik..saya panggil dia misae sizuka sebab dia garang macam misae tapi dia comey macam sizuka..hehe..lama da kitorg x jumpa..harap2 dia pon rindukan saya jugak.. =)

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
- dengan keluarga dan boifren dia sham..hehe..kami pun berhubungan sebagai kawan...

Kata sesuatu berkenaan no 5:-
- kak mona da macam kakak saya sendiri..kami satu bilek since saya masuk u sampai abis u..setia kan kitorg bersama..hehe..dia baik patu alim plak..tapi dia terima saya yang tak berapa nak baik ni seadanya..huhu paling terharu bila dia bagitau org kat career fair tu yang saya adik dia..

Bagaimana dgn org no 4?
- kawan mirmo zibang ku..rindu nya masa kat india dulu ngan dia..lepak lepak sekali ngan ely sambil minum air ngan cicah biskut..patu dok mengarut yang bukan bukan..saya plak suka kata saya anak raja..kekeke..diorg pon layan je la lawak bongok saya tu..

Siapa org no 2?
- rumet saya..hidup kami sangat hapenin..kitorang ni sentiasa ON je..banyak kesedihan dan perasaan yang kami kongsi kan..cewah ayat aku tak agak..tapi itu lah hakikatnya..saya ni jadi tukang pemerhati dia..hehe...

Monday, April 13, 2009

Kami Memang Tak Sesuai

Hari ni aku sedar sesuatu..kami memang tak sesuai langsung. Hmm sebenarnya aku mmg da rasa dari mula yang kami tak sesuai tapi saje jugak nak mencuba keserasian. Tapi rasanya hari ni aku dapat jawapan yang kami memang tak ada chemistry langsung..macam aku dengan high heels yang tak ada chemistry tu. Dan juga macam aku dan tayar yang memang selalu tak ada keserasian =p

Aku tak rasa kecewa sangat la walaupun kami tak berakhir macam yang aku harapkan. Sebab kalau kami berakhir bersama mesti tak akan lama jugak. Sebab kami berbeza. Walaupun berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik tapi bukan dalam soal ni. Jadi dengan senang hati aku nak ucapkan selamat tinggal kenangan. Aku pilih jalan aku sendiri.

Aku + ? = Kami ???

Biarlah rahsia...

Sunday, April 12, 2009

Hadiah Untuk Diri Sendiri...

Bila sebut pasal hadiah biasanya kita membeli hadiah untuk diberikan kepada orang lain. Apa kata sekarang kita cuba beli hadiah untuk diri kita sendiri pula. Bukan sekadar saje saje beli tau tapi beli apabila kita berjaya capai sesuatu kejayaan yang kita impikan atau pun bila kita berjaya tepati sasaran yang dah kita buat.

Contohnya macam kalau kita berazam untuk turunkan berat badan. Bila sasaran berat yang kita tetapkan tu tercapai, belilah sesuatu untuk menghargai usaha kita tu. Beli sehelai baju ke? Kan seronok tu, lagilah bertambah semangat nak buat sesuatu tu. Inilah masanya untuk kita belajar menghargai diri sendiri. Kan???

Wednesday, April 8, 2009

Benci Jadi Aku!!!

Sangat bencinya jadi diri aku. Kenapa orang suka nak amek kesempatan dengan sikap aku. Disebabkan aku diam maka org fikir diorg boleh sesuka hati je gunakan aku. Sakitnya hati. Ake penat la dipergunakan orang lain sesuka hati. Aku pon manusia biasa juga. Ada hati dan perasaan macam orang lain.

Kadang kadang aku rasa lagi baik jadi orang yang keras hati, yang ikut kepala sendiri je. Tak perlu hirau pasal orang lain. Masa tu mesti tak ada sesiapa yang berani pergunakan aku. Tapi masalahnya aku tetap aku. Macammana kejam pon aku set minda aku ni aku tetap tak mampu nak luahkan dalam bentuk yang nyata. Argh rasa macam jadi orang bowdo la....

Tuesday, April 7, 2009

Masih Ditipu Mereka?

Huh aku tak paham betul lah..kenapa orang suka dan rela diri mereka ditipu. Mereka tu petualang, penipu dan segala pe yang ada la. Kenapa mesti jadi bodoh. Sebabkan nyamuk habis kelambu dibakar. Tak sedar ke mereka yang mereka sekarang ni berada dalam kelambu tu. Nyamuk tak mati tapi mereka yang rentung nanti.

Sunday, April 5, 2009

Sang Nakhoda

Dalam sesebuah pelayaran pasti ada nakhodanya. Sang nakhoda ini akan bertindak memimpin sebuah pelayaran menuju ke destinasi yang ditetapkan. Aku ibarat penumpang di atas kapal yang dipimpin oleh sang nakhoda. Mengharapkan untuk aku dibawa ke destinasi yang aku inginkan.

Di dalam sebuah kapal yang besar, bersama ribuan manusia pasti sukar untuk menduga ke mana arah setiap penumpang. Aku ingin ke timur, dia ingin ke barat dan mereka ingin ke utara. Lalu jalan mana yang harus dipilih oleh sang nakhoda? Ke timur kah? ke barat kah? atau ke utara? atau mungkin memilih untuk ke selatan.

Pada dasarnya manusia itu sama. Senang untuk melakukan kesilapan. Sukar untuk kita memuaskan hati semua orang. Seperti cerita sang nakhoda, ada keinginan untuk membawa penumpang penumpang di atas kapalnya ke destinasi yang ingin dituju, tapi di satu persimpangan mungkin dia keliru untuk memilih hala tuju. Kemana sebenarnya penumpang penumpang kapal ku ingin tuju? mungkin itu bisiknya.

Di akhirnya mungkin kapal itu berlabuh di selatan, pada saat itu pasti ada penumpang yang gembira kerana dia selamat tiba di daerah yang dirinduinya, tapi pasti ramai juga yang bersedih kerana jauh dari destinasi yang dibayangkan. Aku juga pasti kecewa, hajat ku ingin ke timur tapi yang di depan mataku kini daerah selatan.

Tapi aku kembali tenang, aku bersyukur dan berterima kasih kepada sang nakhoda. Dia ikhlas ingin membawaku ke daerah asalku, dia tulus ingin membantu. Tapi apakan daya dia tak mampu memenuhi keinginan kami semua. Dia sendiri kecewa sehingga dia dengan rela melepaskan tugas nakhodanya kepada si adik.

Usah bersedih sang nakhoda kerana aku tidak pernah membencimu. Biar mungkin ramai yang membencimu tapi aku pasti ramai juga yang akan merinduimu, kebaikanmu, kelembutanmu, ketulusanmu. Andaikan saja mungkin kapal ini bukan tempatmu. Walau kau tidak di kapal ini lagi tapi aku masih menghargai jasamu. Terima kasih sang nakhoda.

Thursday, April 2, 2009

Snoop Dog Cute???


Sebelum aku teruskan post ni aku nak gelak dulu..kihkihkih..cam tak boleh terima kenyataan je bila Ninie kata Snoop Dogg cute. Tang mana la yang cute kat Snoop Dogg tu. Rasa cam da kurang sopan giler ku gelak ari rabu tu dengar pengakuan Ninie.Sampai cam da terguling guling dari KL ke Melaka.kui kui kui..Ada jugak yang berkenan kat Snoop Dogg tu..hehe jgn marah ek Nie..Tapi aku memang sukar nak terima kenyataan. 10 kali fikir pon aku tak dpt nak cari mana yang cute nye kat dia. Tapi tak pelah aku terima la sikit penjelasan ko, "Itu la yang dinamakan SENI.."..Hehe, Seni???