Tuesday, March 31, 2009

Tag Sesuka Hati

1. orang luar sane tak kenal kamu. perjelaskan siapa kamu?
hmm susah gila soalan ni..spm pon tak susah camni..hehe..saya ni sensitif, patu innocent gak kdg kdg, blur tu sgt selalu..sgt senang kene tipu la kiranya..org kata ikan dlm kolam ikan mainan pon sy percaya..haha..patu apa ek? oo saya ni sgt obses terhadap sesatu tu..kalu saya minat kat seseorg tu mesti cam sgt obses.kalu ingt watak opie dlm dunia baru masa dia gilekan sgt yusof tu ar kira cam tu la jugak saya..patu saya ni seorg pemerhati..saya suka memerhati..tak caya? cuba tanya ninie =)
Saya suka baca conan, saya suka anggur, saya suka teh, saya dan high heels mmg tak tercipta untuk bersama, saya suka headband ngan slide fringe..byk sgt kang cam karangan plak kan..hehe..

2. sikap kamu yang 'mantap'?
hmm saya setia yang teramat sgt kot..haha..

3. sikap kamu yang sangat jelek?
saya ni yes person so saya salu kene buli.. =(

4. apa gadget yang sentiasa kamu bawak?
semestinya hp la..yg lain lain tu tak berapa kot..saya bukan hantu gadget

5. dah berape handphone kamu pakai selame neh?
3 ke 4 camtu kot..kebanyakannya nokia, tp skarang ni motorola...

6. siapa bestfriend kamu?
banyak..tak bole nak list la..kang ada yang kecik ati plak..hehe..

7. siapa yang kamu sayang selain family?
kawan kawan dan ada la beberapa org org tertentu...

8. lagik 10 tahun kamu jadi ape?
saya jadi org la..apa soalan ni, takkan plak tetiba saya bole jadi batman..

9. kata2 hikmah yang pernah kamu dengar & paling kamu suka?
Tuhan menjadikan segalanya indah pada waktunya...

10. dalam blog kamu, sudah ade berape followers?
tak dok..belum ada yang sudi =(

11. senaraikan follower yang paling kamu suka? (tak kira kuantiti) kenape?
tak paham bahasa plak..dah kata tak ada tak ada la..huish..

12.sy nk tag:-
semua orang yang nak di tag..

Tag Dari Mar

TANDA

1. Tanda2 kamu badmud?
-hmm senyap kot

2. Tanda2 kamu marah?
-hehe senyap gak kot

3. Tanda2 kamu sinting?
-cakap sorang sorang

4. Tanda2 kamu malu?
-senyum kambing sampai kambing tengok pon naik malu gak kot..haha

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
- seperti biasa..senyap je..atau pon wat wat bo layan or cemburukan org yg mencemburukan

6. Tanda2 kamu sedang sedih?
- mata da berair tp blom sampai nangis lg la..cover cover lagi..hikhik

7. Tanda2 kamu tengah gumbira?
- senyum sampai telinga =)

APA

1. Apa warna baju yg kamu pakai sekarang?
- peach + merah

2. Apa kah kamu termasuk orang yang suka shoping?
- mestilah sgt suka...tp masih terkawal lagi..hehe

3. Apa kah kamu percaya love at first sight?
- hmm tak kot..

4. Apa yg ingin kamu lakukan skrg?
- balik uma pastu lepak lepak je..tak pon drive tanpa hala tujuan cam selalu saya buat sekarang..hehe

5. Apa rasa di hati kamu saat ini?
- letih..penat dan desperado..hati saya perlukan rehat.... =(

BILA

1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?
- 5 May 1986

2. Bila saat terindah dlm hidupmu?
- bila...dpt apa yang diinginkan..bila tak ada apa apa yang perlu dirisaukan..bila tengah gelak ketawa ramai ramai satu family...

3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa ?
-hmm tak ingat..saya tak suka kena marah so sbb tu jarang kena marah kot..lagipun saya budak baik..tet...

4. Bila kamu akan married?
-bila jumpa orang yang boleh menghargai, melindungi dan membimbing saya dunia akhirat..wink..wink..

BAGAIMANA

1. Bagaimana jika ada org yg buat kamu sakit hati?
- diam je..simpan dalam ati..tak pon cerita ngan org org terdekat..

2. Bagaimana kalau ada org cakap kamu lawa/hensem?
- mesti ckp..mana ada..tp siresly dlm ati mesti cam tgh berbunga matahari even tau org tu tipu je tu..haha..

3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
-sedih la..jahat ke saya???

4. Bagaimana jika ada org yg tidak suka sama kamu?
- adat la tu..nobody perfect..tp kalu ada peluang sy akan buat org tu sampai suka saya tak ingat punya..haha..

5. Bagaimana kalau ketika kamu bgun, kamu dikelilingi api?
- terkejut dulu patu jerit..api!!!..apa punya soalan la ni..cet..

6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
- buat apa lagi..dok je la diam diam..

Nabi Yusuf Dan Zulaikha

Aku sangat la nak tau kisah antara Nabi Yusuf dengan Zulaikha. Ada sesiapa yang tahu kisah full? Bukannya apa bila dapat kad jemputan kawen je mesti ada satu part yang ckp " satukanlah kami seperti mana ENGKAU satukan Adam dan Hawa, Muhammad dan Khadijah serta Yusuf dan Zulaikha"

Aku tau kisah Adam dan Hawa dengan Muhammad dan Khadijah, rasanya semua pun tau kot kisah mereka. Tapi kisah Nabi Yusuf aku tak tau. Aku penasaran sangat nak tau. Aku ada baca dalam tafsir tapi kisah yang ada dalam Surah Yusuf tu macam separuh jalan je. Jadi aku tak tau apa kesudahan dia.

Ada sape sape yang tau pengakhir cerita ni? Macam mana pulak Nabi Yusuf berjodoh dengan Zulaikha. Ikut dalam tafsir kan Zulaikha tu isteri orang masa tu. Hmm tapi apa apa pun kalau pengetahuan aku ni salah aku minta maaf dulu yek. Kurang ilmu =(
Kalau ada yang tau silalah share ngan aku ek..Sangat ingin tau..huhu..

Monday, March 30, 2009

Hidup mesti positif...

Pagi ni sangat la membencikan untuk aku. Dengan keje yang berlambak ditambah pulak dengan kerenah kerenah manusia yang menyakitkan hati memang merosakkan mood aku. Tak cukup dengan tu dapat pulak IM daripada team lead yang kata hari ni kena lunch in. Aduhai. Cam nak meninggal pun ada juga mau tak nye keje banyak, siap tak boleh break lagi. Ini dah melanggar hak asasi manusia.huhu..

Jadi untuk memujuk hati yang lara ni, apa lagi yang boleh aku buat selain dari tarik nafas panjang panjang. Situasi ni buat aku berfikir yang sebagai manusia kita seharusnya lebih bersikap positif dalam berhadapan dengan kehidupan. Memang kalau nak diikutkan akal logik bila dah berhadapan dengan macam macam masalah macam mana lagi la kita nak bersikap positif kan?

Hmm dalam situasi aku tadi aku cuba katakan pada diri sendiri yang walaupun tak dapat break tapi at least lunch aku ditaja oleh company. Mcd lagi, pakai order je nak apa.hehe..Dalam keadaan aku yang memboikot barang barang dari US, kira lama gak la dah tak makan Mcd, so bila company yang bayar dapat la makan balik. Aku cuma tak nak makan sebab tak nak support diorg tapi kalau duit orang lain kira tak pelah kan.Haha..Positif diya, positif!!!

Dalam banyak keadaan memang susah nak positif kan? Ujian adalah satu cabaran dan Tuhan menguji kita mengikut daya ketahanan masing masing. Mungkin kita ni hebat agaknya sebab tu banyak dugaan yang kita dapat. Positif?? Hehe

Saturday, March 28, 2009

Terima kasih daun keladi...

Sangat la tensen bila tetiba tayar kete ku pecah. Cet..langsung tak perasan. Nasib baik sampai opis ada guard yang tegur. Selamba je ku drive dgn tayar yang memang dah tak rupa tayar..haha..

By the way I juz want to say thanks kat dua guard Exxon yang tolong gantikan tayar tadi. Thanks a lot. Tak ingat plak nama diorg tapi sangat sangat thanks ye. Kalau tak memang da kene pikul da agaknya, hehe..

Thanks jugak kepada Ninie, Anim dengan Lan yang sudi membantu gi tukar tayar al maklum la saya terpaksa bekerja mencari rezeki..hehe..Thanks korunk... =)

Ooo ya thanks jugak kepada Haris kerana sudi memberi cadangan yang bernas. Nasib baik ada ketua kampung. Maklum la saya ni blur, nak tukar tayar pun tak tau..huhu..ampunkan saya...

Friday, March 27, 2009

Soalan yang cerdik please?


Dalam zaman yang dah semakin maju ni tak boleh ke kita jadi lebih cerdik seiring dengan kemajuan yang dah kita kecapi? Bukannya apa aku rasa apa yang dipaparkan dalam satu rancangan hiburan malam semalam memang la tak ada nilai nilai intelek langsung.

Apa tak nya boleh pula tanya Siti Nurhaliza apa yang dia buat dekat satu pusat kesihatan dengan Datuk K. Hello tak ada soalan lain ke nak tanya? Dah tak ada issue agaknya. Biarkan je la apa yg diorg nak buat pon. Itu kan hal peribadi. Cam malu la dia bila org tanya tanya mcm tu. Mcm hina sgt je bila buat rawatan kesihatan cam tu. Namanya pun ikhtiar.



Nape mesti kita nak sibuk sibuk. Walaupun maybe ramai tak suka Siti kawen dgn Datuk K tp kalau dah itu jodoh diorg apa lg yg kita nak sibuk sibukkan. Hal hal macam tu kan hal peribadi tak perlulah nak dicanang satu malaya. Memang la siti tu public figure or org kata milik masyarakat tapi kita kena la juga hormat kehidupan peribadi dia.

Aku ni bukanlah peminat siti tapi bila orang mula buka cerita hal hal yang tak membina minda ni cam geram juga la. Banyak lagi cerita lain yang lebih bermanfaat untuk dikongsi. Cerdik ke kita bila bertanya soalan soalan yang macam ni? Lu pikir la sendiri...

Bangunlah Melayu!

Rasanya ari ni ku nak kongsi pasal apa yang ku rasa ttg bangsa ku sendiri plak. Might be sensitif issue tp aku tak kisah la. Sape lg nak sedarkan kaum sendiri kalau bukan org yang sebangsa dgnnya. Takkan nak tunggu bangsa lain tegur plakkan.

Apa yang aku nak bangkitkan adalah salah satu cadangan yg diusulkan masa perhimpunan UMNO tu iaitu bagi bantuan atau sumbangan pada mahasiswa yg masih menganggur. Pada aku la aku bantah benda tu 100 peratus. Sebab? pada aku kadang2 diorg ni bukan nya x ada kerja tp terlalu memilih and kadang2 nak tunggu plak kerja tu dtg kat diorg.

Apa la salahnya kalau sebelum dpt cari kerja yg setaraf dengan kelayakan kita ni kita g je cari kerja apa2 yg halal dan boleh mendatangkan duit mcm kerja kat mana mana pasaraya ke. Nape mesti kita demand sgt konon x setaraf dengan kelayakan kita. Bukan nye nak soh keje selama lamanya pon. Sementara je, sementara jumpa yang selayaknya. Tp itu la masalah mahasiswa sekarang ni. Malu la konon keje cam tu. Bla la wei, sampai bila kita ni nak kena harapkan bantuan org lain baru kita boleh bangun. Tak boleh ke kita bangun sendiri.

Aku mmg nyampah gila dengan kebanyakan org melayu ni. Sikit sikit nak bantuan, sikit sikit nak subsidi. Kerja kalau tak ada habuan tak jalan. What all this rubbish! Kenapa kita mesti manjakan sangat diri kita ni. Makan asik nak bersuap. Itu pasal la org melayu la kaum yg paling banyak memberontak kat Malaysia ni. Kaum yg paling banyak wat jenayah, kaum yg paling banyak hisap dadah, kaum yg paling banyak dlm penjara, kaum yg paling banyak hidup dlm kemiskinan tegar dan kaum yg paling banyak mati katak atas jalan. Tp kaum yg paling sikit dalam senarai orang terkaya di Malaysia.

Aku bukan berniat nak down kan Melayu tapi aku sgt sedih tgk keadaan kaum aku sendiri. Aku sayang sgt dengan Melayu ni sbb dah sah sah aku orang Melayu. Aku nak bangsa aku berjaya dan maju mcm bangsa lain. Tapi apa yg berlaku ialah kita ni ibarat penumpang di tanah kita sendiri. Asal nya Malaysia ni adalah TANAH MELAYU.. tapi tgk la sekarang, kita dah mcm tak ada nilai pd negara kita sendiri. Sampai kan bangsa kita ni boleh diperkotak katikkan sesuka hati. Sedarlah bangsaku, jgn kita ni terlalu manja dan malas. Hanya berharap pada sokongan untuk kita berdiri. Kenapa tak kita berdiri sendiri?

Aku paling tak suka tgk bersamamu tu. Kadang kadang aku rasa org yg dalam tu boleh je cari duit lebih tp saja je malas nak ikhtiar lebih. Ada la yg mmg cacat ke ibu tunggal yg anak ramai ke aku boleh la terima. Memang layak la dibantu. Tapi cam pantang gila aku tengok kalau suami dia ada je lg. Sihat je. Kira masih ada kudrat nak bekerja tp cam lemah lentok je wat 1 keje pe kes. Cuba la cari kerja sampingan ke. Bukan nya tak boleh. Nak dengan tidak je.

Bumi Tuhan ni besar. Ada mcm mcm cara yang boleh kita buat untuk berjaya. Selagi kerja tu halal walaupun mungkin tak la mulia mcm CEO2 kat ofis besar tu even angkat sampah sekali pon yang penting kerja tu mulia di sisi Tuhan dan boleh membantu kita sara hidup kita dan keluarga cukuplah. Tak perlu la nak berlagak sangat nak kerja yg best je.

Aku tak ckp mcm ni sbb aku da ada kerja. Alhamdulillah rezeki aku mgkn cpt sikit berbanding mahasiswa yg tgh menganggur sekarang ni tp tak bermakna sbb tu aku nak kutuk mereka mereka yg belum dpt kerja ni. Aku pon penah je kerja yg bodo bodo ni zaman zaman tgh study dulu. Tak de nak malu pon sbb ku sedar diri family ku bukan Tan Sri ke Datuk ke yg boleh aku harap tok bermewah mewah. Jadi kita org melayu ni pon kena sedar diri kita. Tak payah nak gah sgt la kalau statistik org termiskin kat Malaysia ni masih bangsa kita lagi yg pegang.

Bangun la dari terus bermimpi. Jgn suka tuding jari dekat org lain je. Bila tak dibantu aje memberontak, marah, herdik orang sana sini. Malu la sikit dgn bangsa lain. Kita ni bukan tetamu, kita tuan rumah. Jgn biar tetamu pandang rendah pada tuan rumah. Hmm agaknya betul kata Tun M, melayu mudah lupa!

Wednesday, March 25, 2009

Kalau la khairy ada dua.. =)






Hehe post ku kali ni mesti mengundang banyak reaksi yang teruk dpd anda anda sekalian al maklum la aku phm ramai yg x suka dgn org yg jadi tajuk utama aku ni..tapi tak kisah la..Masing masing ada pendapat sendiri kan? Kita kan masyarakat demokrasi.

Back to the issue, aku la manusia yg sangat gumbira semalam sebab Khairy menang..hehe..Mau tak nye mula mmg da rasa Khairy akan kalah pada Mukhriz tp bila diumumkan yg dia menang (sanggup tunggu depan tv tu untuk tau result =p) rasa cam nak melompat pon ada. Haha aku plak yg over suka.

Apa pon pandangan org pada dia tp pada aku dia seorg yg intelek dan opportunist. Mungkin dia agak lantang bersuara tapi itu cara dia. Sebagai ahli politik kita mmg kena ada prinsip kalau kita lembik dan lemah maka senang pulak org nak pijak atau jatuhkan kita. Itu org mesti fhm sebelum pilih untuk jadi org politik. (Hakikatnya aku tak suka nak join politik walaupun minat amek tau psl dunia politik, maybe sebab tanggungjawab tu sgt la berat. Kaki sebelah kat neraka tu. Da la mmg aku ni teruk..Kot??)

Itu bukan apa yg aku nak cite tp apa yg aku nak cite adalah..kalau la dia ada dua kan bagus. Ye lah current Khairy is someone's husband. Tak ada chance la nak takel Khairy camni..hahaha bowdo la...

Pesanan untuk Ninie --> Kalau ko nak gak kira kita copy Khairy lagi 2 la..Aku ni tak la tamak sangat..tet....

Lirik Pilihan





Bencinta – Faizal Tahir

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

--> Dedicated this song to someone. It is hard for me to hate you but it is much harder for me to love you. It’s time to say goodbye to the memory.

Monday, March 23, 2009

Jun vs Jan

Untuk tatapan sekalian yang ada aku letakkan sekali gambar Jun dan Jan ni. Aku rasa kalau Jun nampak blog aku ni mesti dia dah suruh aku remove gambar ni. hehe.. Ini la kali pertama aku rasa gambar Jun dapat dirakamkan. Jun ni trauma bila nampak kamera =рдк

Pertukaran Status

Dalam 2 ke 3 minggu ni ramai pulak kawan kawan yang buat pertukaran status atau dalam maksud asalnya kawen..Di kesempatan ni aku nak ucapkan tahniah pada kawan kawan yang dah pun atau akan menamatkan zaman single dalam waktu terdekat ni.

Untuk couple yang memang aku tak sangka gila da kawen pon..Jun dan Jan..sangat sangat tahniah dan sowi sebab tak dapat menyemakkan diri di majlis korang ye. Hehe tak sangka yang korang da kawen da. Ingat lagi dulu masa kat India, masa aku dengan my kembar forever Nicky tengah main basket tetiba nampak korang berdua duaan makan ais krim kat tepi court basket tu..masa tu aku dengan Nicky macam nak menjerit je..Skandal baru!!!..Hehe, akhirnya menjadi jugak skandal korang ek. Tahniah ye.



Tak lupa pada kawan satu praktikum aku masa kat KMPP, anis @ ayam dan pasangannya Rudy, congrats.. Akhirnya kawen jugak u ayam ngan jejaka idaman u tu..hehe..Ingat lagi masa kita sama sama nyanyi lagu Ramlah Ram kat Lab Fizik. Hari ni da bertukar status pula teman duet ku ni.Huhu. Sowi ye yam I tak dapat gi majlis kat umah u. I busy la masa tu. Ada agenda yang dah diatur lebih awal.

Untuk satu lagi kawan aku yang buat anjakan pradigma, Intan. Selamat pengantin baru ye Intan. Fyi, Intan ni member satu course aku masa kat U dulu. Tapi my junior la. Huhu junior kawen dulu.What?

Last one is for my best friend forever (Aini) ex-roomate, Ieda yang akan melangsungkan perkahwinan hujung minggu ni. Thanks coz invite me and congrats too. But sowi ek Ieda sebab orang kene kerja this weekend. Kalau tak nak jugak gi sekali ngan Aini. Da lama tak jumpa Ida and Aini jugak.huhu..

Kepada semua yang tersenarai di atas Aku/Org/I (susah bila bahasakan diri lain lain ni,hehe) ucapkan selamat berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Kepada yang sedang berdua duaan seperti Aini dan Faiz, Anim dan Lan, Fyda dan Fahmi, Ida dan Shah, Mel dan Acap, Ninie dan Felix serta pasangan pasangan lain yang tak tercatat di sini sebab banyak sangat semoga korang pon akan ikut jejak langkah mereka mereka ini ye, Amin. Kepada yang single mingle plak sabar je la. Ada nanti pasangan korang tu, hehe...(pesanan ini turut ditujukan kepada diri sendiri,haha)

Keliru?

KELIRU - Nurul & Ajai

Saban hari ku mencarimu
Semalaman ku mengenangmu
arah, resah, gelisahku
Menjadi satu

Ku tahu kau di dalam dilema
Sukar untuk buat pilihan
Jangan kau cepat berubah
Pendirian dirimu... oho...

Salahkanku... jangan salahkan ku
Kasihani aku... kau lupakan aku
Mana satu... kujadi keliru
Aku makin keliru

Dikau selalu saja begini
Aku selalu tidak mengerti
Namun ku masih percaya
Kita harus bersama

Ingin jumpa... tak ingin berjumpa
Ingin bercinta... tak ingin bercinta
Dan pintaku... beri jawapanmu
Ku tak ingin keliru
..........................................................

Semalam sambil busan busan tengok tv tiba tiba aku terdengar pulak lagu ni. Sempat senyum sorang sorang bila teringatkan sorang kawanku ni. Terus mesej dia mintak dia dengar lagu ni. Sebabnya jiwa dia pon tengah kacau fikir pasal keliru ni.hehe..Cakap pasal keliru selalunya apa yang manusia keliru ye? Pasal hati? perasaan? atau masa depan?

Banyak sebenarnya yang selalu buat manusia keliru. Kadang kadang jantina sendiri pon boleh buat manusia keliru. Yelah bila dah ramai lelaki macam perempuan dan perempuan macam lelaki tak ke kita pon jadi keliru.

Adakalanya juga kita keliru dalam membuat pilihan. Contohnya pilihan course yang kita minat bila nak masuk u. Bila dah banyak sangat course yang ditawarkan kita sendiri jadi tak tahu nak pilih yang man. Keliru dalam membuat keputusan. Salah sorang manusia yang ada masalah ni ialah adik aku sendiri. Bila time nak isi borang u mesti mintak aku yang isikan part pilih course tu. Selalu jugak aku cakap dengan dia yang nak belajar tu dia bukannya aku. Mungkin pada aku course yang aku pilih tu menarik tapi tidak pada dia. Dan mungkin juga pada aku, aku mampu bawa course yang aku pilih tapi tidak dia. Kan susah macam tu. Jadi satu kerja pulak untuk aku terangkan tentang semua semua course yang ada tu.huhu..

Dalam banyak banyak masalah keliru ni aku rasa yang paling selalu di alami oleh manusia ialah keliru tentang perasaan sendiri. Kan? Ada orang da kahwin 10 tahun pon masih keliru dengan pilihan yang dia dah buat. Betul ke orang yang aku pilih ni? betul ke keputusan aku kawen dengan dia ni? dan macam macam lagi la..

Ada baiknya kalau kita rasa keliru fikirlah betul betul sebelum buat pilihan sebab kelak yang rasa sakit adalah diri kita sendiri. Dan kalau pulak ia melibatkan orang lain akan ada pulak pihak yang turut sama merasa sakitnya. Jadi jangan hanya pentingkan diri sendiri tapi fikirkan jugak perasaan orang kedua atau ketiga yang turut sama terlibat dalam keputusan kita tu. Tak salah untuk kita keliru yang salahnya cuma tindakan kita bila berdepan dengan kekeliruan ni. Renung renungkan =)

Saturday, March 21, 2009

Permintaan Yang Tertunda

Aku meminta kepada Tuhanku…
Setangkai Bunga yg indah…
Dia memberiku kaktus berduri…
Aku meminta kpd Tuhanku…
Kupu Kupu yang cantik…
Dia memberiku seekor ulat…

Aku Sedih…Dan aku kecewa…
Aku bertanya pada Tuhanku…
Kenapa Engkau tidak memenuhi permintaanku…

Hari hari berlalu…
Kaktus berduri tmbuh mnjadi bunga yg indh…
Ulat brubah menjadi kepongpong
Dan akhirnya mnjadi kupu kupu yg cantik..

Akhirnya aku mengerti...
Tuhan mnjadikan segalanya indah pada waktu nya...

Kini aku terima jawapannya

Hidup bersama dengan Tuhan penuh dengan kebahagiaan..
Tetapi sering kita merasa bahwa kenyataannya tak seperti itu..
Kenapa..?
Kerana Tuhan tidak pernah menjanjikan langit akan selalu biru..
Kadang kala kita sedih, susah, kecewa, senang…
Tetapi semuanya itu terjadi untuk mendewasakan kita

Memberi kita pengenalan akan Tuhan
Dan Dia berjanji akan menyertai kita sehingga ke penghujung Zaman..

---> Pernah tak kita melalui saat yang sama?
Bila mana permintaan kita tidak berakhir seperti apa yang kita impikan..
Bila apa yang kita harapkan tu tak sama mesti kita akan rasa kecewa kan..kadang kadang ada manusia yang rasa putus asa bila setiap kali meminta hasilnya pasti tak serupa..Masa tu mungkin kepercayaan terhadap permintaan semakin goyah. Tak salah kot untuk kecewa tapi rasanya tak perlulah putus asa. Sebagai manusia kita hanya berusaha tapi ada satu peribadi yang berkuasa menentukan segala sesuatu. Jadi tak perlulah nak putus asa.

Kadang kadang apa yang kita minta tu akan kita perolehi tapi mungkin tak secepat yang kita sangkakan. Ada ibu yang mengharapkan kelahiran seorang anak mungkin terpaksa menunggu sampai 10 tahun baru hasratnya termakbul. Tapi kan ada, cuma cepat atau lambat je soalnya.

Bila sebut pasal permintaan aku pun pernah alami perkara yang sama. Dulu lepas SPM aku berharap sangat nak sambung belajar dekat oversea. Hari hari bukak buku english sebab nak fasih cakap omputih. Tapi bila result keluar keputusan aku tak melayakkan untuk aku sambung belajar dekat oversea. Hampa sangat. Masa tu aku rasa macam mimpi je la kalau nak sambung belajar dekat oversea.

Tapi akhirnya peluang tu sampai jugak. Cuma lambat je dan disebabkan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan so aku pulak yang terpaksa tolak. Tapi tak pelah sebab sekurang kurangnya aku tau yang Tuhan dah pon tunaikan impian aku cuma ada perkara yang lebih penting untuk aku utamakan dari impian tu. Tapi tak la terkilan sangat sebab country tu pon aku da pegi..hehe...

Korang penah ada rasa yang sama?

And my name is diya...

Hello Malaysia!!!

Pertama kali memiliki blog sendiri..hmm great feelings I guess haha..Because of this is my first post so is it ok to just introduce bout me myself???.
My full name is Nur Hidayah but you can call me Diya for no reason. I am proud to say that I am 23 years old as my date of birth is 5 May 1986. Normally people will get afraid to talk about age but not me =)

I got 5 siblings and its all princess, I am the second one. My hometown is Malacca. Hmm, martabatkan bahasa Melayu la kan haha...Walaupun agak kasar tapi rasanya lebih selesa gunakan aku kan. So aku la..Aku org biasa biasa je yang tak gila kuasa, tak gila jenama dan tak gila duit (hmm sikit la kot yang part duit tu =p)

Aku dah habis study dan sekarang dah pun mula bekerja. Tak perlu detail sangat kot kan. Nanti da macam karangan "Diri Saya"..Secara keseluruhan nya aku orang yang sangat simple cuma mungkin pemikiran aku tak la simple sangat. I love to think even for a small things. Done!