Friday, March 27, 2009

Bangunlah Melayu!

Rasanya ari ni ku nak kongsi pasal apa yang ku rasa ttg bangsa ku sendiri plak. Might be sensitif issue tp aku tak kisah la. Sape lg nak sedarkan kaum sendiri kalau bukan org yang sebangsa dgnnya. Takkan nak tunggu bangsa lain tegur plakkan.

Apa yang aku nak bangkitkan adalah salah satu cadangan yg diusulkan masa perhimpunan UMNO tu iaitu bagi bantuan atau sumbangan pada mahasiswa yg masih menganggur. Pada aku la aku bantah benda tu 100 peratus. Sebab? pada aku kadang2 diorg ni bukan nya x ada kerja tp terlalu memilih and kadang2 nak tunggu plak kerja tu dtg kat diorg.

Apa la salahnya kalau sebelum dpt cari kerja yg setaraf dengan kelayakan kita ni kita g je cari kerja apa2 yg halal dan boleh mendatangkan duit mcm kerja kat mana mana pasaraya ke. Nape mesti kita demand sgt konon x setaraf dengan kelayakan kita. Bukan nye nak soh keje selama lamanya pon. Sementara je, sementara jumpa yang selayaknya. Tp itu la masalah mahasiswa sekarang ni. Malu la konon keje cam tu. Bla la wei, sampai bila kita ni nak kena harapkan bantuan org lain baru kita boleh bangun. Tak boleh ke kita bangun sendiri.

Aku mmg nyampah gila dengan kebanyakan org melayu ni. Sikit sikit nak bantuan, sikit sikit nak subsidi. Kerja kalau tak ada habuan tak jalan. What all this rubbish! Kenapa kita mesti manjakan sangat diri kita ni. Makan asik nak bersuap. Itu pasal la org melayu la kaum yg paling banyak memberontak kat Malaysia ni. Kaum yg paling banyak wat jenayah, kaum yg paling banyak hisap dadah, kaum yg paling banyak dlm penjara, kaum yg paling banyak hidup dlm kemiskinan tegar dan kaum yg paling banyak mati katak atas jalan. Tp kaum yg paling sikit dalam senarai orang terkaya di Malaysia.

Aku bukan berniat nak down kan Melayu tapi aku sgt sedih tgk keadaan kaum aku sendiri. Aku sayang sgt dengan Melayu ni sbb dah sah sah aku orang Melayu. Aku nak bangsa aku berjaya dan maju mcm bangsa lain. Tapi apa yg berlaku ialah kita ni ibarat penumpang di tanah kita sendiri. Asal nya Malaysia ni adalah TANAH MELAYU.. tapi tgk la sekarang, kita dah mcm tak ada nilai pd negara kita sendiri. Sampai kan bangsa kita ni boleh diperkotak katikkan sesuka hati. Sedarlah bangsaku, jgn kita ni terlalu manja dan malas. Hanya berharap pada sokongan untuk kita berdiri. Kenapa tak kita berdiri sendiri?

Aku paling tak suka tgk bersamamu tu. Kadang kadang aku rasa org yg dalam tu boleh je cari duit lebih tp saja je malas nak ikhtiar lebih. Ada la yg mmg cacat ke ibu tunggal yg anak ramai ke aku boleh la terima. Memang layak la dibantu. Tapi cam pantang gila aku tengok kalau suami dia ada je lg. Sihat je. Kira masih ada kudrat nak bekerja tp cam lemah lentok je wat 1 keje pe kes. Cuba la cari kerja sampingan ke. Bukan nya tak boleh. Nak dengan tidak je.

Bumi Tuhan ni besar. Ada mcm mcm cara yang boleh kita buat untuk berjaya. Selagi kerja tu halal walaupun mungkin tak la mulia mcm CEO2 kat ofis besar tu even angkat sampah sekali pon yang penting kerja tu mulia di sisi Tuhan dan boleh membantu kita sara hidup kita dan keluarga cukuplah. Tak perlu la nak berlagak sangat nak kerja yg best je.

Aku tak ckp mcm ni sbb aku da ada kerja. Alhamdulillah rezeki aku mgkn cpt sikit berbanding mahasiswa yg tgh menganggur sekarang ni tp tak bermakna sbb tu aku nak kutuk mereka mereka yg belum dpt kerja ni. Aku pon penah je kerja yg bodo bodo ni zaman zaman tgh study dulu. Tak de nak malu pon sbb ku sedar diri family ku bukan Tan Sri ke Datuk ke yg boleh aku harap tok bermewah mewah. Jadi kita org melayu ni pon kena sedar diri kita. Tak payah nak gah sgt la kalau statistik org termiskin kat Malaysia ni masih bangsa kita lagi yg pegang.

Bangun la dari terus bermimpi. Jgn suka tuding jari dekat org lain je. Bila tak dibantu aje memberontak, marah, herdik orang sana sini. Malu la sikit dgn bangsa lain. Kita ni bukan tetamu, kita tuan rumah. Jgn biar tetamu pandang rendah pada tuan rumah. Hmm agaknya betul kata Tun M, melayu mudah lupa!

No comments:

Post a Comment

~Ikut suka hati korunk la nak kata apa~