Monday, April 20, 2009

Semua Tentang Kita

1

Deringan telefon yang bertalu-talu menganggu tidur Amy. Dalam separuh sedar dia bingkas bangun mencapai gagang telefon.
"Helo."
"Amy,pak cik ni" Garau suara yang kedengaran di hujung talian.
"Pak cik?" Jantungnya berdegup kencang tatkala lelaki itu memperkenalkan dirinya. Sungguh, dia tidak mengenali suara itu pada awalnya.
"Ya,aku ni. Aku nak guna duit.Besok aku tunggu kau dekat kelab."
"Ha!, berapa banyak. Manalah amy ada duit pak cik. Semua duit gaji Hazam yang pegang."
"Ah, itu aku tak mahu tau.Kau pandai pandailah mintak dekat dia. Yang aku tau esok aku nak lima ribu dekat tangan aku." Seraya kedengaran gagang dihempaskan.
Amy diburu resah. Lima ribu ringgit bukan jumlah yang kecil. Manalah hendak dicari dalam masa sehari.Hendak diminta daripada Hazam takut takut dia pula yang makan penampar. Dia kebingungan.

Pagi itu seperti biasa Amy bersiap siap untuk ke sekolah. Sebelum meninggalkan kondominium mewah itu dia sempat menjamah sekeping roti bakar dan secawan milo panas. Amy kemudian bergegas turun ke tingkat bawah kondominium.Di bawah, Hazam sudah siap sedia menunggu. Memang itulah rutinnya setiap hari. Menghantar dan mengambil Amy dari sekolah. Bukan kerana mengambil berat namun gusar sekiranya Amy melarikan diri. Tapi seingat Hazam belum pernah sekalipun Amy cuba melepaskan diri. Mungkin bimbang dengan ugutannya untuk mencederakan ibu dan adiknya sekiranya dia cuba melarikan diri. Sebenarnya kalau diturutkan hati dia memang tidak akan membenarkan Amy bersekolah apatah lagi perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menampung pembelajaran Amy di sekolah swasta. Namun Hazam perlu akur dengan permintaan Amy. Dia sendiri yang memberi peluang untuk Amy mengemukakan satu permintaan ketika mula mula Johari menyerahkan Amy ke tangannya. Tidak mahu tangis Amy berpanjangan maka dia merendahkan sedikit egonya dengan menunaikan permintaan Amy. Fikirnya cuma untuk setahun sahaja lagi.Selepas Amy menamatkan peperiksaan SPM dia tidak perlu lagi bersusah payah sebegitu rupa.

"Hari ni mungkin saya lambat sikit. Ada kelas tambahan. " Ada kegusaran dihujung suara Amy.
"Kau ni macam-macam la.Kelas tambahan la, latihan bola jaring la. Ingatkan hantar dekat sekolah swasta tak adalah aktiviti-aktiviti bodoh ni." Hazam merengus marah. Namun tidak berpanjangan. Dia kembali diam selepas itu. Amy lega. Takut juga kalau dia terus dimarahi tadi. Sebetulnya dia akur kalaupun dimarahi kerana memang selama ini pun itulah yang menjadi miliknya setelah hampir 3 bulan berada di bawah kawalan Hazam. Sebelum ini pun dia kerap menerima sumpah seranah daripada bapa tirinya, Johari. Rasanya sudah lali dengan semua itu. Amy sedar kebahagiaan bukan lagi miliknya.
Selepas kematian ayahnya lebih 10 tahun lalu hidupnya tidak lagi sama seperti dahulu. Dia, ibu juga Amrizal adiknya sudah tidak merasa lagi hidup dalam ketenangan. Yang tinggal hanyalah derita yang berpanjangan. Sikap panas baran dan kaki judi bapa tirinya telah mencemari kegembiraan mereka sekeluarga. Tambah parah apabila Johari mula terlibat dengan dadah. Hutang yang ditanggung keliling pinggang bukan sahaja telah menambah bebanan di bahu ibunya yang bersendirian berniaga nasi lemak tapi juga telah menyaksikan dirinya sendiri dijadikan ganti oleh bapa tirinya kepada Hazam,jutawan muda yang kaya raya hasil jual beli dadah yang dimilikinya. Selepas di jual dia dipaksa Hazam bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam milik rakan Hazam, Tauke Leong. Semua duit yang diperolehi Amy perlu diserahkan kepada Hazam. Amy juga dipaksa Hazam menjadi orang tengah jual beli dadah di kelab itu. Amy sedar nyawanya menjadi pertaruhan sekiranya tertangkap.Namun apalah dayanya untuk melawan lebih-lebih lagi memikirkan nasib ibu dan Amrizal. Dia akur.

6 comments:

  1. sejak bile ko suke tulis novel diya?
    absurd..
    haha

    ReplyDelete
  2. sejak dikecewakan..haha buduh la..saje isi isi masa lapang..nak dating xde pakwe so wat novel la..tet...

    ReplyDelete
  3. meh la dating dgn aku..haihh..

    ReplyDelete
  4. ah sudah ar ko..date beriga kita ngan ely pon x organize lagi..hehe..kem..xlama lg infy nye aniversary..xde plan ke wei..reunion?? hehe

    ReplyDelete
  5. ha ah dowh..kene lantik sorg pengarah utk organize..
    aku dok nmpk muka anim je ni..
    anim dgn najwan..
    hehehe
    yg lain2 blh kita tolong2..kn?

    ReplyDelete
  6. betul betul betul...
    hehe maklum la kita ni tak bertauliah nak organize event..nak organize small event pon tak jalan.hehe..

    ReplyDelete

~Ikut suka hati korunk la nak kata apa~